Selamat tinggal ‘Didi & Friends’, selamat datang ‘Little Ammar’

Selamat tinggal ‘Didi & Friends’, selamat datang ‘Little Ammar’

Selepas 10 tahun membangunkan animasi “Didi & Friends” sehingga menjadi rancangan yang diikuti lapan juta pelanggan di YouTube, pengasasnya Sinan Ismail, mengucapkan selamat tinggal kepada siri popular itu.

Sinan, 39, sedih dengan perpisahan itu, namun ia perlu dilakukan kerana beliau dan kumpulannya mahu memberi tumpuan kepada pembangunan siri animasi baharu, “Little Ammar”.

Projek baharu itu menyasarkan kanak-kanak berusia satu hingga empat tahun, sarat dengan warna, melodi, dan mesej keagamaan.

“Saya dan kumpulan nak buat kandungan kreatif berunsur Islamik dan ‘Didi & Friends’ tidak duduk bawah payung tersebut dan jika kami teruskan, ia bukan yang terbaik.

“Jadi, keputusannya adalah untuk melepaskan ‘Didi & Friends’,” katanya ketika ditemui FMT di pejabatnya.

Dijangka dilancarkan seawal Januari 2022, Sinan memberitahu animasi “Little Ammar” berbentuk lagu.

“Lagu yang senang dan mudah nak ikut. Ia seperti ‘Cocomelon’, tapi untuk kanak-kanak Muslim,” katanya, merujuk kepada animasi lagu puisi kanak-kanak popular di YouTube.


Little Ammar

Sebuah syarikat baharu ditubuhkan, iaitu Durioo, untuk membawa “Little Ammar” ‘terbang’ lebih tinggi.

“Kita nak jadi seperti Disney atau Netflix untuk kanak-kanak Muslim. Kanak-kanak Muslim ada 400 juta seluruh dunia,” katanya.

Sinan memaklumkan “Little Ammar” adalah hasil permintaan dan maklum balas ibu bapa dalam dan luar negara yang meminta beliau memperbanyakkan animasi berunsur Islamik untuk kanak-kanak prasekolah.

“Kita faham ada banyak kandungan kreatif untuk kanak-kanak tapi bukan dalam kehidupan Islamik,” katanya.


Mina Mila antara siri animasi yang bakal diperkenalkan pada 2022.

Enam bulan selepas pelancaran “Little Ammar”, Durioo akan memperkenalkan satu lagi siri animasi, “Mina dan Mila”, juga dalam genre sama.

Selain “Didi & Friends”, Sinan juga mengusahakan siri popular “Omar dan Hana”, yang mendapat sambutan menggalakkan lebih-lebih lagi di luar negara.

“Omar dan Hana kini ada enam hingga tujuh juta pelanggan (di YouTube). ‘Didi & Friends’ ada dalam lapan juta (pelanggan). ‘Omar dan Hana’ versi Inggeris dalam Malaysia hanya 8% (pelanggan). Yang paling besar UK 20% (pelanggan), AS 20% (pelanggan), Pakistan, India dan serata dunia.

“Seronok sebab kandungan yang kita buat sudah mencapai kanak-kanak secara global dan ia bukan lagi produk dari Malaysia untuk Malaysia,” katanya.

Mengimbau jatuh bangun bersama “Didi & Friends”, Sinan berkata, perjalanan hampir 10 tahun itu amat berharga dan tidak mungkin dilupakan.

Pelajar jurusan matematik di Universiti Sains Malaysia (USM) bermula dengan menubuhkan Digital Durian pada 2008 untuk kerja-kerja multimedia.

Pada 2009, Sinan dan kumpulannya menyertai pertandingan Cabaran Pencipta Harta Intelek (IPCC) dan memenanginya pada 2012, selepas empat kali mengambil bahagian.

Dia cuba menjual siri animasinya itu kepada stesen TV namun tiada yang berminat, meskipun enjin carian popular, Google, menunjukkan begitu ramai orang mencari-cari lagu kanak-kanak.

“Saya beri anak saya yang berumur 2 tahun ketika itu melihat siri animasi berlagu di YouTube dan dia suka,” katanya.

Sinan bagaimanapun ayaperc banyak animasi berlagu di YouTube “tidak sedap” didengar dan tidak berkualiti.

“Jadi kami fikir, kalau ada orang cari, maknanya ada permintaan. Kebetulan kita ada ‘Didi & Friends’ dan dari situlah perubahan Didi menjadi lagu kanak-kanak.

“Masa kita muat naik di YouTube, kita tak tahu akan dibayar atau tidak. Kita hanya muat naik dan berharap sesuatu akan berlaku,” katanya.

Dalam tempoh masa enam bulan, “Didi & Friends” ditonton sebanyak 5.5 juta kali.

Populariti itu membuka pintu kepada “Didi & Friends” untuk muncul di Astro Ceria. Sehingga kini, “Didi & Friends” mempunyai lebih 70 episod dan 100 buah lagu. FMT

Selamat tinggal ‘Didi & Friends’, selamat datang ‘Little Ammar’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Selepas siakap dan sotong kini muncul pula ‘Roti Canai Kayangan’ di Langkawi

Mampu Tiru Enam Bunyi Enjin Kereta 100% Real (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker