Sudah tiba masa saf solat di masjid, surau dirapatkan – Asyraf Wajdi

Sebaran :

Sudah tiba masa saf solat di masjid, surau dirapatkan – Asyraf Wajdi

Sudah tiba masanya saf untuk solat di masjid dan surau dirapatkan, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Menerusi hantaran terbaru di Facebooknya hari ini, Asyraf mencadangkan jemaah yang ingin menunaikan ibadah secara berjemaah itu membuat saringan awal secara kendiri terlebih dulu.

“Sudah tiba masanya untuk saf solat di masjid dan surau dirapatkan. Boleh buat saringan awal secara kendiri.



“Yang mana terdedah kepada mereka yang positif (virus), mesti ada tanggungjawab kendiri, elakkan diri daripada ke tempat awam termasuk ke masjid,” katanya.

Menerusi hantaran itu juga, Asyraf menyertakan tanda pagar #SokongSafDirapatkan sebagai sokongan supaya jemaah dibenarkan bersolat dengan saf rapat semula.

Selain itu, beliau turut menyertakan satu tangkap layar gambar aksi ribuan penonton yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menonton perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 di antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Kuala Lumpur City FC (KL City), malam tadi.

Ia dipercayai sebagai perbandingan dengan kebenaran yang diberikan untuk penyokong bola sepak untuk hadir ke stadium dengan kewajaran untuk jemaah masjid dan surau dibenarkan bersolat jemaah dengan saf yang rapat. BH



Sudah tiba masa saf solat di masjid, surau dirapatkan – Asyraf Wajdi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Selepas siakap dan sotong kini muncul pula ‘Roti Canai Kayangan’ di Langkawi

Mampu Tiru Enam Bunyi Enjin Kereta 100% Real (Video)


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *