Md Alwi dilantik Pengerusi MDEC

Md Alwi dilantik Pengerusi MDEC

Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), agensi peneraju ekonomi digital Malaysia, mengumumkan pelantikan Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad sebagai Pengerusi baharu, berkuat kuasa 1 Disember 2021 bagi tempoh dua tahun.

MDEC berkata, Md Alwi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas, Kelantan, sebelum ini memegang pelbagai jawatan penting dalam kerajaan, termasuk pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Menteri Belia dan Sukan dari 1990 hingga 1992 dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dari 1993 hingga 1999 1999, sebelum menjadi Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri dari 2007 hingga 2009.

“Sebagai antara tokoh penting dalam membasmi kemiskinan, beliau memainkan peranan sebagai Pengerusi Yayasan Kemiskinan Kelantan sejak 1993,” kata agensi itu dalam satu kenyataan.

Md Alwi juga pernah memegang pelbagai jawatan dalam sektor korporat termasuk sebagai Pengerusi Silver Ridge Bhd dari 2004 hingga 2008, Syarikat Permodalan Risda Bhd dari 2006 hingga 2016 dan Lembaga Kemajuan Pertanian KEMUBU (KADA) dari 2014 hingga 2018.

Beliau ketika ini adalah Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sejak 2020.

Berpengalaman sebagai juruukur tanah berlesen profesional, Md Alwi juga adalah Prinsipal Firma Perundingan AA Geomatics and Survey dan Felo Institut Juruukur Malaysia. BH

Md Alwi dilantik Pengerusi MDEC


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Selepas siakap dan sotong kini muncul pula ‘Roti Canai Kayangan’ di Langkawi

Mampu Tiru Enam Bunyi Enjin Kereta 100% Real (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker