Video Harga Barang Naik, Jawapan Menteri Yang Gagal Tidak Masuk Akal

Oleh Megat Terawih

Persoalannya adalah harga barang keperluan harian rakyat naik sejak dari BN kalah di PRU14 lagi menteri asyik membuat pelbagai alasan dan bukannya menjawab isu tersebut.

Rakyat perlukan tindakan dan bukannya retorik sepanjang zaman. Barang keperluan yang naik wajib dikawal seperti mewartakan ia sebagai barang kawalan kerana perkara ini berkait rapat dengan makanan harian warga marhein.



Tidak perlu seperti kanak-kanak bila menjawab isu tersebut dengan menuding kesalahan ke arah orang lain. Dosa Anwar menipu rakyat bukan satu jawapan.

Sebagai menteri maka mereka perlu susun langkah dan langkah pertama adalah kenakan penguatkuasaan terhadap pembekal atau siapa sahaja yang cuba mengganggu kemakmuran negara ini dengan akta pencatutan.

Paling tidak, usah perbaharui lagi lesen peniaga yang sengaja mensabotaj kehidupan rakyat.

Berhentilah jadi kerajaan kalau rakyat tidak mampu dijaga.



Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi MyKmu.net

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker