Muhyiddin salah cakap RM3 bilion beri vaksin kepada 6.4 juta orang – Khairy

Muhyiddin salah cakap RM3 bilion beri vaksin kepada 6.4 juta orang – Khairy

Bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, “tersilap cakap” apabila berkata bahawa kerajaan akan memberi vaksin kepada 6.4 juta rakyat dengan kos RM3 bilion, kata Khairy Jamaluddin kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada Januari ketika menjadi Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Menurut laporannya mengenai perolehan vaksin Covid-19, PAC berkata, kenyataan ini mengakibatkan kekeliruan, kerana kos RM468 bagi setiap orang jauh lebih tinggi daripada angka yang didedahkan oleh Belgium, iaitu hanya RM82.40 seorang.

Pada pertemuan pada 1 Mei, Khairy memberitahu Pengerusi PAC Wong Kah Woh bahawa Muhyiddin telah membuat kesilapan ketika menyatakan harga vaksin.

“Saya sudah semak dengan Pejabat Perdana Menteri, (Muhyiddin) tersilap cakap,” kata Khairy menurut laporan itu.

“Dalam konteks ini dan dalam konteks ini sahaja, kenyataan Menteri (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) adalah kenyataan yang sahih berbanding kenyataan Perdana Menteri.”

Khairy menegaskan bahawa kos untuk memberi vaksin kepada setiap orang di negara ini adalah RM77.35, lebih rendah daripada Belgium.

Mengenai KWAN

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz memberitahu PAC, ketika membentangkan Bajet 2021, kerajaan tidak bercadang untuk menggunakan dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) dalam usaha memerangi Covid-19.

“Semasa pembentangan Bajet 2021, saya pada masa itu mengumumkan bahawa kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak RM3 bilion,” kata Zafrul, menurut laporan itu.

“Bagaimanapun, keperluan tunai RM3 bilion ini tidak diperuntukkan dalam jumlah peruntukan sebanyak RM322.5 bilion dalam Bajet 2021.

“Jika ditanya sama ada pada masa itu kami fikir (untuk gunakan) KWAN, jujurnya, tidak.”

Tambahnya, penggunaan dana KWAN perlu, memandangkan ruang fiskal kerajaan terhad dan ini diputuskan pada 21 April.

PAC berkata, kerajaan perlu memastikan kelestarian dana KWAN bagi menjamin kesejahteraan generasi akan datang.

“Kementerian Kewangan perlu memastikan segala perbelanjaan kerajaan diambil kira dalam anggaran belanjawan negara dengan jelas setiap tahun,” tambahnya. FMT

Muhyiddin salah cakap RM3 bilion beri vaksin kepada 6.4 juta orang – Khairy


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Tanah di Putrajaya atok beli berapa harganya?

Ain, bapa disaman guru berhubung isu jenaka rogol

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker