Kejohanan skuasy dunia di KL dibatalkan disebabkan atlet Israel

Kejohanan skuasy dunia di KL dibatalkan disebabkan atlet Israel

Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia lelaki di Malaysia dibatalkan kerana kebimbangan mengenai varian koronavirus baru Omicron dan isu visa untuk atlet Israel, kata Persekutuan Skuasy Dunia (WSF).

Kejohanan itu dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur dari 7 hingga 12 Dis.



Pada asalnya ia dijadualkan berlangsung di New Zealand namun terpaksa dipindahkan selepas sekatan perjalanan yang ketat di negara itu bagi mengekang penularan Covid-19.

Badan induk skuasy antarabangsa itu berkata ia terpaksa dibatalkan kerana tidak semua pasukan dapat memasuki Malaysia kerana masalah visa.

Perjalanan ke Malaysia dengan menggunakan pasport Israel tidak dibenarkan tanpa kebenaran bertulis daripada Kementerian Dalam Negeri disebabkan kedua-dua negara tidak memiliki hubungan diplomatik secara rasmi.

Malaysia adalah tuan rumah kepada kejohanan berkenaan dan sebelum ini mengetuai usaha agar skuasy diterima di sukan Oympic.



Presiden WSF, Zena Wooldridge mengucapkan penghargaan kepada IOC dan Majlis Olimpik Malaysia atas “usaha mereka untuk mempengaruhi pihak berkuasa tertinggi Malaysia bagi memastikan semua pasukan yang mengambil bahagian termasuk Israel memasuki Malaysia.

Dasar Malaysia terhadap Israel menyebabkan beberapa acara sukan sebelum ini dipindahkan.

Pada 2019, negara ini telah dilucutkan hak penganjuran untuk Kejohanan Renang Para Dunia selepas enggan membenarkan perenang Israel bertanding.

Kemunculan varian Omicron mendorong beberapa negara mengenakan sekatan perjalanan yang menimbulkan kebimbangan bahawa sesetengah atlet tidak dapat datang ke Malaysia. mk




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Buli jalan raya rampas beg tangan (Video)

Satu Malaysia kena ‘game’ dengan Tauke



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker