Muncul Individu Dedah Sarah Yasmine Tak Pulangkan Seterika

Selepas ‘Kantoi’ Tak Bayar Grab

Muncul Individu Dedah Sarah Yasmine Tak Pulangkan Seterika

 Muncul Individu Dedah Sarah Yasmine Tak Pulangkan Seterika

Agak kecoh di media sosial apabila seorang lelaki yang menjadi pemandu Grab separuh masa, mendedahkan bahawa pempengaruh Singapura iaitu Sarah Yasmine ‘mengelat’ daripada membuat pembayaran.

Meskipun ada sedikit ‘pergaduhan’ yang berlaku di ruangan komen antara Sarah dan lelaki itu, namun akhirnya Sarah melakukan juga pembayaran.

Walau bagaimanapun, hantaran baru seorang individu di platform Threads mencuri perhatian orang ramai. Menurut wanita itu, dia juga pernah menjadi ‘mangsa’ pempengaruh itu sekitar dua tahun lalu.

Berdasarkan kongsiannya di Threads, wanita itu mendedahkan kejadian itu berlaku semasa dia bekerja di sebuah pusat kecantikan yang menawarkan khidmat sambungan bulu mata.

 Muncul Individu Dedah Sarah Yasmine Tak Pulangkan Seterika
Foto – @elprincess_lashes (IG)

Kongsinya, selepas Sarah membuat sambungan bulu mata, pempengaruh itu bertanya kepadanya mengenai seterika baju. Disebabkan rasa mahu membantu, wanita itu meminjamkan dua buah seterika kepada Sarah.

Muncul Individu Dedah Sarah Yasmine Tak Pulangkan Seterika
Foto – @elprincess_lashes (IG)

Namun tiada siapa yang dapat jangkakan, Sarah hanya memulangkan sebuah seterika sahaja. Apabila ditanya mengenai seterika yang belum dipulangkan, Sarah telah menyekat akaun wanita tersebut.

Perkongsian wanita itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial, apabila ada segelintirnya mempersoalkan sikap Sarah Yasmine yang tidak memulangkan barang dipinjamnya. Manakala sesetengahnya pula menyifatkan pempengaruh itu sebagai ‘attention seeker’.

Muncul Individu Dedah Sarah Yasmine Tak Pulangkan Seterika

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker