Misi getir tumbangkan Jepun

Misi getir tumbangkan Jepun

Misi getir tumbangkan Jepun
AKSI Zii Jia ketika bertemu Ananda Galvano Daniswara dari Finland, semalam. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Skuad Piala Thomas negara tidak sekadar mahu melangkah ke suku akhir, sebaliknya mengintai status selaku juara Kumpulan B apabila bakal berdepan Jepun pada aksi terakhir peringkat kumpulan esok.

Pertemuan di Horsens, Denmark itu menjadi penentu utama selepas kedua-dua pasukan mencatat dua kemenangan ke atas England dan Finland.

Kemenangan ke atas Jepun bukan saja memastikan laluan lebih baik di pusingan kalah mati, malah mampu meningkatkan keyakinan pasukan untuk melangkah lebih jauh dalam saingan kali ini.

Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menegaskan skuad negara sudah bersedia untuk memberikan aksi terbaik demi memburu status juara kumpulan.

“Iya, sudah tentu kami akan cuba melakukan yang terbaik untuk memenangi perlawanan itu dan menjadi juara bagi saingan Kumpulan B. Mungkin ia akan menjadi satu kelebihan buat pasukan,” katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Hormati Keputusan ADUN Negeri Sembilan, Teliti Implikasi Politik – Ahmad Zahid


Malaysia sebelum ini mengesahkan tempat ke suku akhir selepas mencatat kemenangan kedua dengan menewaskan Finland 4-1, dua hari selepas bangkit mengatasi England 3-2.

Dalam aksi menentang Finland, Malaysia bermula goyah apabila Leong Jun Hao tewas kepada Joakim Oldorff sebelum Justin Hoh mengembalikan momentum untuk menyamakan kedudukan.

Zii Jia kemudian memastikan kelebihan berpihak kepada Malaysia sebelum beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani serta Soh Wooi Yik-Tee Kai Wun melengkapkan kemenangan bergaya 4-1.

“Saya sudah bermain banyak acara berpasukan seperti Piala Thomas dan Piala Sudirman. Selaku pemain senior, saya harap dapat membantu pemain-pemain lain seperti Jun Hao dan Justin,” ujar Zii Jia.

Kini, tumpuan terarah kepada pertemuan dengan Jepun yang dilihat sebagai ujian sebenar buat Malaysia sebelum mengharungi cabaran lebih getir di peringkat kalah mati.

Misi getir tumbangkan Jepun


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Undi 18 Perlu Diambil Kira, Jurang Generasi Jadi Cabaran BN – Dr Zambry

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker