Militao terlepas Piala Dunia bersama Brazil akibat bedah hamstring
Militao terlepas Piala Dunia bersama Brazil akibat bedah hamstring

Madrid: Pemain pertahanan Brazil yang beraksi untuk Real Madrid, Eder Militao dijangka terlepas kempen Piala Dunia selepas menjalani pembedahan akibat kecederaan hamstring pada Selasa.
“Pemain kami Eder Militao menjalani pembedahan dengan jayanya hari ini bagi merawat koyakan tendon proksimal biceps femoris di kaki kirinya,” kata Real Madrid dalam satu kenyataan, tanpa menyatakan tempoh pemain pertahanan itu akan berehat.
Dibedah di sebuah klinik di Finland di bawah pengawasan kakitangan perubatan kelab, pemain berusia 28 tahun itu dijangka terpaksa berehat sekurang-kurangnya lima bulan, menurut laporan media Sepanyol dan Brazil.
Militao dijangka tidak dapat beraksi bersama Brazil, juara lima kali Piala Dunia, pada kejohanan musim panas ini di Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Mexico.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Era AI Ubah Corak Undian, Azalina Seru Perkukuh Kemahiran Digital
- UMNO/BN Perlu Lakukan Perubahan, Bijak Urus Persepsi Rakyat – Ahmad Zahid
- Sekolah Digital UMNO Perkukuh Komunikasi Jentera Parti
UMNO Hormati Keputusan ADUN Negeri Sembilan, Teliti Implikasi Politik – Ahmad Zahid
Pemain pertahanan itu mengalami kecederaan berkenaan minggu lalu ketika aksi La Liga menentang Deportivo Alaves.
Militao berdepan nasib malang dengan kecederaan sejak beberapa tahun lalu selepas menyertai Madrid dari Porto pada 2019, termasuk dua kali berehat panjang akibat kecederaan ligamen krusiat.
Militao terlepas Piala Dunia bersama Brazil akibat bedah hamstring
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO PJ Buat Laporan Polis, Desak Tindakan Lebih Tegas Terhadap Pihak Hina Institusi Diraja
- Jangan Retorik, Pemuda UMNO Kedah Desak MB Jelaskan Kegagalan Projek
- UMNO 80 Tahun: Langkah ‘Reset’ BN Ke Arah Keterbukaan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Undi 18 Perlu Diambil Kira, Jurang Generasi Jadi Cabaran BN – Dr Zambry
You must be logged in to post a comment.