Pinjam RM100,000 tanam tembikai

Sebaran :

Pinjam RM100,000 tanam tembikai

GUA MUSANG – Usaha gigih seorang pemuda memerah ke­ringat mengusahakan tembikai jenis boci nyata berbaloi apabila mampu­ menuai 120 tan hasil ­tanaman itu setiap musim.

Raja Mohd. Paris Raja Ismail, 33, mengusahakan tanaman berkenaan di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 3, di sini sejak tiga tahun lalu.

Dia kini mampu meraih pendapatan mencecah ratusan ribu ringgit apabila hasil tanaman di atas tanah seluas 10 hektar turut dieksport ke luar negara.



Menurut Raja Mohd. Paris, biarpun tanaman itu dimulakan tiga tahun lalu, namun dia hanya serius selepas hilang mata penca­rian sebagai kontraktor makanan di sekolah akibat pandemik Co­vid-19 pada tahun lalu.

“Saya bersyukur kerana mendapat bantuan rakan-rakan. Ketika mahu memulakan tanaman berkenaan, saya berhutang hampir RM100,000 daripada mereka dan ahli keluarga terdekat.

“Kini, saya sudah berjaya me­nuai hasil tembikai boci untuk empat musim. Kesemuanya dijual di pasaran tempatan terma­suk Johor dan Sarawak selain dieksport ke Hong Kong,” katanya ketika ditemui di ladangnya di sini semalam.

Tambah Raja Mohd. Paris, harga­ tembikai boci kini agak tinggi mencecah RM2.20 hingga RM2.50 sekilogram.



Jelasnya, dia kini lega apabila penat lelahnya hampir berbayar selepas memperoleh pensijilan Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP) oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan daripada Pegawai Jabatan Pertanian Gua Musang, Azrim Ibrahim semalam. K Online

Pinjam RM100,000 tanam tembikai


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Tarikh Pengumuman Kadar Jumlah Bonus Dan Dividen ASB 2021

Tolak cinta, kereta dibakar [VIDEO]


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *