Papan tanda PKR tulisan Bangladesh

Papan tanda PKR tulisan Bangladesh

Ketua PKR Kuala Selangor Juwairiya Zulkifli memohon maaf kerana beberapa papan tanda ranting parti itu sekitar Kuala Selangor menggunakan tulisan Bangladesh, di samping bahasa kebangsaan.

Juwairiya berkata terdapat kesilapan dalam cetakan papan tanda tersebut.

“Saya merasa kesal di atas isu kesilapan cetakan bahasa pada papan tanda ranting cabang Kuala Selangor yang telah dipasang di beberapa lokasi.

“Tindakan segera pembetulan sedang dijalankan.

“(PKR) cabang Kuala Selangor memohon maaf di atas kesilapan yang tidak seharusnya berlaku berkaitan dengan isu ini,” kata yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan itu.

Beberapa gambar beredar di media sosial menunjukkan penggunaan bahasa Melayu dan Benggali yang merupakan bahasa rasmi negara Bangladesh.

Ia mencetuskan kemarahan dan rasa tidak puas hati, termasuk di kalangan ahli parti tersebut.

Sementara itu, terdapat juga beberapa papan tanda lain menggunakan Melayu, Cina dan Arab, tetapi bahasa Tamil tidak termasuk.

Dalam kenyataan hari ini, Juwairiya berkata PKR Kuala Selangor sentiasa mengangkat prinsip keadilan dan kepedulian untuk seluruh rakyat serta menghormati kepelbagaian bangsa dan agama. Mk

Papan tanda PKR tulisan Bangladesh


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Arab Saudi dikecam netizen, konsert Bieber halal, Tabligh haram

‘Saya pakai lagi seksi keluar dengan suami’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker