Pemuda didakwa persenda OKU dalam video tular mohon maaf [VIDEO]

PETALING JAYA: Pemuda yang didakwa mempersenda golongan orang kurang upaya (OKU) berhubung isu tempat letak kenderaan dalam satu video tular tampil memohon maaf, namun menjelaskan video itu bertujuan sebagai teguran.

Mohamad Iswan Ishak dikecam orang ramai kerana video yang dimuat naik di TikTok, memaparkan dia dan seorang kawannya berlakon seolah-olah OKU selepas meletakkan kenderaan.

Iswan menjelaskan dia dan rakannya hanya melakonkan apa yang mereka nampak berlaku



“Mungkin video itu saya tak habis cerita. Salah saya,” katanya dalam video terbaharunya di TikTok.

“Kalau tengok balik, tempat parkir kereta itu bukan OKU punya. Ia parkir kereta biasa. Salah saya sebab pada akhir video itu saya tidak mengatakan sesuatu perkara kita tak boleh dilakukan,” tambahnya.

Iswan mendakwa dia membuat video itu selepas mendapat permintaan daripada pengikut berstatus OKU yang meminta isu salah guna tempat letak kenderaan OKU diketengahkan.



“Saya pun berkawan dengan mereka. Jadi saya memohon maaf atas keterlanjuran ini. Saya bukan minta maaf pasal video itu, tapi saya minta maaf kepada semua OKU yang mungkin terasa, tapi itu bukan niat saya.

“Realitinya memang ada orang normal berlakon menjadi OKU untuk mendapatkan tempat parkir kereta,” katanya.

Terdahulu, Ras Adiba Radzi yang juga Presiden NGO OKU Sentral, menyifatkan perbuatan Iswan sebagai sangat biadab dan mahu dia memohon maaf kepada komuniti OKU.

Susulan permohonan maaf itu, Ras Adiba berkata, satu laporan polis akan dibuat agar insiden yang menghina golongan itu tidak lagi berulang.



Pemuda didakwa persenda OKU dalam video tular mohon maaf


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Guna tandas OKU sambil persendakan OKU (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker