Skuad hoki lelaki kini Juara Asia, cipta sejarah negara

KUALA LUMPUR – Skuad hoki lelaki negara mencipta kejutan sensasi apabila mengecewakan Iran untuk muncul juara Piala Hoki Dalam Dewan Asia 2022 di Bangkok, Thailand.

Sejarah baharu itu tercipta selepas menewaskan Iran 3-2 menerusi penalti shoot-out setelah terikat 4-4 dalam tempoh 60 minit final yang berlangsung cukup mendebarkan di Stadium Tertutup Huamark sebentar tadi.

Skuad kendalian Muhammad Amin Rahim kini boleh mendabik dada kerana kejayaan tersebut akhirnya meleburkan dominasi Iran yang terdahulu muncul juara lapan edisi berturut-turut sejak 2008.

Bukan itu sahaja, ia juga adalah kemenangan pertama skuad kebangsaan ke atas Iran dalam enam pertembungan terakhir dalam saingan hoki dalam dewan sejak dimalukan 2-12 sewaktu edisi Piala Hoki Dalam Dewan Asia 2014.

SHELLO (tiga dari kanan) antara watak penting memastikan kejayaan Malaysia menjuarai Piala Hoki Dalam Dewan Asia 2022 di Bangkok sebentar tadi. – AHF

Sebagai rekod, empat gol Malaysia dalam aksi itu dijaringkan dua oleh Ashran Hamsani dan masing-masing satu daripada Shello Silverius serta Norhafizie Jamil Azomi.

Empat gol Iran pula dihasilkan oleh Mohsen Bohlouli, Amirmahdi Mirzakhani, Mohammad Karimi dan Hamid Nooranian.

Ketika penentuan penalti shoot-out, penjaga gol, Khairul Afendy Kamaruzaman berjaya menafikan percubaan Mahdi Shahrokhi sekali gus menjadi faktor utama kejayaan skuad negara memenangi perlawanan itu.

IREN (kiri) meledak satu gol ketika menewaskan Kazakhstan 2-0 pada penentuan tempat ketiga dan keempat Piala Hoki Dalam Dewan Asia 2022 hari ini. – AHF

Kejayaan manis itu dilengkapkan dengan pencapaian skuad wanita meraih tempat ketiga selepas menewaskan Kazakhstan 2-0 menerusi jaringan Iren Hussin dan Nur Aisyah Yaacob.

Ia sekali gus memperbaiki pencapaian terdahulu yang menyaksikan skuad wanita menduduki tempat keempat sewaktu edisi 2019 di Chonburi, Thailand

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kapal Layar Mewah Milik Siapa Bernilai RM200 Juta? [VIDEO]

Tembelang Pengkid ‘Mohd Syahid’ Pecah

Ahli Parlimen Bersatu sedar tiada peluang untuk menang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker