JHEAIPP siasat dakwaan status halal peniaga nasi ayam itik Sungai Ara

JHEAIPP siasat dakwaan status halal peniaga nasi ayam itik Sungai Ara

BAYAN LEPAS – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan peniaga nasi ayam, itik di Sungai Ara di sini mendapatkan bekalan daripada peniaga bukan Islam.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, bertindak atas maklumat, pegawai Bahagian Halal JHEAIPP telah menjalankan siasatan berhubung isu tersebut.

Jelas beliau, berdasarkan maklumat awal pihaknya mendapati pemilik premis perniagaan itu merupakan rakan kongsi kepada pemilik premis bukan Islam yang menjalankan perniagaan sama.

“Susulan itu, pegawai (bahagian halal JHEAIPP) melakukan pemeriksaan ke atas premis peniagaan nasi ayam, itik di Sungai Ara itu hari ini namun kita dapati mereka telah menutup operasi perniagaan.

“Selain itu, kita juga melakukan pemeriksaan ke atas sebuah premis yang didakwa cawangan perniagaan ayam, itik Sungai Ara di kawasan Gurney namun pemiliknya gagal ditemui.

“Kita akan lakukan pemeriksaan lagi esok bersama pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang untuk tindakan lanjut,”katanya.

Tambah Ahmad Zakiyuddin, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut dari semua sudut termasuk dakwaan mendapatkan bekalan daripada pemilik bukan Islam.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi dua minit 39 saat yang menunjukkan peniagaan nasi ayam, itik Muslim di Sungai Ara menyerahkan perkakasan nasi serta bahan hidangan di premis mereka kepada sebuah premis bukan Islam di Paya Terubong di sini.

Susulan itu, satu video dimuat naik di Facebook oleh peniaga terbabit yang mendakwa mereka hanya mencuci perkakasan mereka di premis bukan Islam ini.

Dalam video sama, mereka juga memaklumkan telah menutup operasi perniagaan susulan timbul isu keraguan status halal atas makanan yang dijual mereka. MG

JHEAIPP siasat dakwaan status halal peniaga nasi ayam itik Sungai Ara


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kapal Layar Mewah Milik Siapa Bernilai RM200 Juta? [VIDEO]

Tembelang Pengkid ‘Mohd Syahid’ Pecah

Ahli Parlimen Bersatu sedar tiada peluang untuk menang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker