Perdana Menteri Singapura dikurnia gelaran Dato’ Istana Johor

Sultan Ibrahim (kanan) mengurniakan darjah SPMJ kepada Hsien Loong dalam satu Majlis Istiadat di Istana Besar Johor Bukit Serene di sini, pada Jumaat. – Foto ihsan Royal Press Office

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan darjah kebesaran Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) kepada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

Kurniaan tertinggi Istana Johor yang membawa gelaran Dato’ itu diberikan dalam satu Majlis Istiadat yang diadakan di Istana Besar Johor Bukit Serene di sini, pada Jumaat.

Pada istiadat sama, Baginda Sultan Ibrahim turut berkenaan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ) kepada isteri Hsien Loong, Ho Ching yang membawa gelaran Datin Paduka.

Sultan Ibrahim dan Raja Zarith (dua, dari kiri) bergambar bersama Hsien Loong dan Ho Ching di Istana Besar Johor Bukit Serene di sini, pada Jumaat. – Foto ihsan Royal Press Office



Berangkat sama pada istiadat berkenaan, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Sebelum ini, beberapa tokoh daripada republik berkenaan juga pernah menerima kurniaan tersebut yang mana merupakan lambang persahabatan dan hubungan erat antara Johor dan Singapura.

Antara tokoh itu termasuk mantan Perdana Menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yew yang dikurniakan SPMJ pada 9 April 1984 bersempena Hari Ulang Tahun Keputeraan ke-52 Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘DINA’, ‘MIRA’ dan ‘J3H3’ disita



Misteri duit syiling timbul di permukaan tanah

Hilang ibu bapa berselang 12 jam di Aidilfitri



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker