Mahathir mahu berdepan dengan Apandi Ali di mahkamah

Apandi Ali telah fail tuntutan di mahkamah terhadap saya setelah saya letak jawatan sebagai perdana menteri. Dia tuduh yang saya berniat jahat dan tidak turut undang-undang dalam menamatkan perkhidmatannya sebagai peguam negara.

Saya telah beri kenyataan saya kepada pihak peguam negara. Saya pertahan tindakan saya dan percaya bahawa saya telah ikut prosidur yang ditetapkan dengan menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi menamatkan perkhidmatannya sebagai peguam negara.

Pada masa itu saya berasa Apandi tidak dapat bertindak bebas kerana dia merupakan peguam Umno sejak sekian lama.

Dia tidak mungkin dapat berlaku adil dalam siasatan terhadap 1MDB dan salahlaku Najib Razak. Malahan dia telah kata bahawa bekas perdana menteri itu tidak bersalah kerana kononnya tiada kes, sebelum apa-apa tindakan siasatan dibuat.

Semasa saya beri keterangan kepada pihak Peguam Negara (Idrus Harun) bagi persediaan kes saman Apandi terhadap saya, saya telah dimaklum bahawa proses penamatan perkhidmatan itu betul dan mengikut prosedur dan Rule of Law.

Mereka maklumkan bahawa saya dan kerajaan telah memberi nasihat betul kepada Yang di-Pertuan Agong supaya Apandi Ali ditamatkan perkhidmatan.

Saya terkejut apabila baca berita baru-baru ini tentang satu penyelesaian diluar mahkamah dibuat di antara kerajaan dan Apandi. Terma penyelesaian juga dirahsiakan.

Saya tidak pun dimaklum tentang terma penyelesaian walaupun saya merupakan saksi utama.

Saya menulis pada peguam negara. Saya tidak bersetuju dengan cara penyelesaian tersebut dibuat.

Saya berasa kerajaan tidak sepatutnya tunduk memandang bahawa tindakan penamatan perkhidmatan Apandi mengikut semua urusan dan kuasa yang ada pada kerajaan.

Saya tidak faham kenapa terma penyelesaian harus dirahsia dari saya serta rakyat. Rakyat berhak tahu. Lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan pampasan.

Apakah pampasan perlu dibayar jika tindakan dibuat mengikut undang-undang? Di mana prinsip Rule of Law.

Saya berpendapat penyelesaian memberi pampasan besar itu untuk seorang yang gagal melaksanakan tanggungjawab dengan baik adalah amat dikesali di waktu mana sekalipun.

Saya tidak mengaku salah dan bersedia untuk tuntutan Apandi diadili di mahkamah.


DR MAHATHIR MOHAMAD ialah bekas perdana menteri dan ahli parlimen Langkawi.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘DINA’, ‘MIRA’ dan ‘J3H3’ disita

Misteri duit syiling timbul di permukaan tanah

Hilang ibu bapa berselang 12 jam di Aidilfitri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker