Pembiaya PKR Dan Anwar Ibrahim Disabitkan Kesalahan Manipulasi Pasaran Saham Dan Penipuan

Oleh Nurul Aisya

BUKAN semua rakyat Malaysia mengenali taikun Soh Chee Wen (John Soh) yang disabitkan oleh Mahkamah Tinggi Singapura atas kesalahan manipulasi pasaran dan penipuan melibatkan “elaborate scheme” untuk memanipulasi harga saham Kumpulan Blumont, Asiasons Capital Ltd dan LionGold Corp Ltd.

Menurut sumber, John Soh juga dikenali sebagai rakan niaga Tun Daim Zainuddin ketika beliau membiayai Anwar, PKR, pegawai PKR dan PI Bala. Daim dan Anwar dikatakan tahu tentang peranan yang dimainkan oleh John Soh.

John Soh Chee Wen adalah pembiaya PKR dan Anwar Ibrahim. Menurut sumber, bangunan ibu pejabat PKR di Merchant Square, Tropicana merupakan milik John Soh. Ramai pegawai dan kakitangan PKR seperti Saifuddin Nasution berada dalam senarai gaji John Soh.

John Soh dikatakan bukan sahaja memberi berjuta-juta ringgit setiap bulan kepada PKR, Anwar Ibrahim, dan ramai orang PKR,  malah beliau juga menyara PI Bala apabila dia tinggal di India. John Soh membayar rumah PI Bala, kereta dan persekolahan anak-anak Bala di sekolah antarabangsa.

John Soh juga dikatakan turut membiayai perebutan kuasa “16 September” pada 2008. Anwar dikatakan akan membayar 30 ahli parlimen Barisan Nasional RM30 juta setiap seorang atau RM900 juta secara keseluruhan untuk mereka melompat parti.

Menurut sumber, Cawangan Khas mempunyai dokumen lengkap mengenai John Soh dan ianya telah disahkan oleh Cawangan Khas dalam laporan mereka kepada Perdana Menteri Najib Tun Razak ketika itu. Mungkin PKR boleh meminta Cawangan Khas untuk mengesahkannya.

(Malaysiakini) – PKR Student’s wing deputy chairperson Dharshinee Suresh Kumar urged Muda central executive committee member Dian Lee to clarify Clear Water Development Sdn Bhd’s role in Blumont Group Ltd, which was among the firms in Singapore’s penny stock controversy.

“The rakyat needs answers,” Dharshinee said on Twitter. Lee (above), the daughter of tycoon Lee Kim Yew, was not charged with any crime.

It’s been 10 hours since, so anyone from @partimuda or @iamdianlee herself is gonna clarify on this scandal involving one of their JKEP?

Rakyat perlukan jawapan. Dia bukan sahaja anggota parti tapi mempunyai jawatan yang lumayan tinggi dalam parti jua. https://t.co/1FAw4FcXAb

— Dharshinee Suresh Kumar (@dharshinee_sk) May 6, 2022

Untuk makluman, pada 2013, Clear Water Development, dikawal oleh Dian Lee yang merupakan pemegang saham kedua terbesar di Blumont selepas Neo Kim Hock, menurut The Edge.

Asiasons Capital dikawal oleh Mohamed Azlan Hashim dan Jared Lim, yang merupakan suami Dian Lee.

Antara pemegang saham utama LionGold Corp ialah Md Wira Dani, anak kepada bekas menteri kewangan Daim Zainuddin.

Soh dan Quah, didapati bersalah atas 349 pertuduhan. Mereka didakwa menaikkan harga saham ketiga-tiga syarikat itu secara buatan melalui rangkaian 189 akaun dagangan yang dipegang oleh 60 individu dan firma.

Harga saham mereka akhirnya runtuh, menghapuskan nilai pasaran S$8 bilion dan merugikan pelabur runcit.

Perkara penting yang perlu kita tahu adalah “mastermind” jenayah ini adalah pembiaya PKR dan pembiaya Anwar Ibrahim. Beliau juga rakan niaga Daim. Apa tujuan sebenar PKR ditubuhkan dan dibiayai oleh John Soh? Kes yang melibatkan John Soh ini juga turut membabitkan Dian Lee iaitu anak kawan baik Mahathir. Perkara ini membawa kepada persoalan siapa pencatur sebenar politik di Malaysia?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker