Serba Dinamik, 4 eksekutif bebas selepas bayar kompaun RM16 juta

Serba Dinamik, 4 eksekutif bebas selepas bayar kompaun RM16 juta

Mahkamah Sesyen membebaskan Serba Dinamik Holdings Bhd, ketua pegawai eksekutif serta tiga pegawai kanannya atas tuduhan mengemukakan pernyataan palsu kepada Bursa Malaysia tahun lalu.

Ini selepas syarikat terbabit, Ketua Pegawai Eksekutif Abdul Karim Abdullah; Pengarah Eksekutif Syed Nazim Syed Faisal; Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Azhan Azmi dan Naib Presiden Akaun dan Kewangan Hafiz Othman membayar kompaun berjumlah RM16 juta yang dikeluarkan terhadap mereka.



Sebelum ini, Suruhanjaya Sekuriti (SC) berkata, ia mengeluarkan notis kompaun itu selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) membenarkan representasinya atas pertuduhan itu.

Serba Dinamik dan empat eksekutifnya masing-masing dikenakan kompaun RM3 juta. Hafiz turut dikenakan tambahan kompaun RM1 juta kerana memalsukan rekod perakaunan anak syarikat Serba Dinamik.

Pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Hashley Tajudin, Zul’aida Zulkifli dan Izzat Fauzan, serta pegawai pendakwa Izuddin Mohamed hari ini memaklumkan kepada empat Mahkamah Sesyen berasingan bahawa kompaun dibayar sepenuhnya pada 9 Mei lalu.

Mahkamah mengeluarkan perintah pembebasan itu selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan.



Serba Dinamik dan empat eksekutif itu dibicarakan pada 28 Dis 2021, selepas didakwa mengikut Seksyen 369(a)(B) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan.

Tuduhan pernyataan palsu itu adalah berhubung angka hasil RM6.014 bilion yang terkandung dalam laporan suku tahunan Serba Dinamik mengenai keputusan disatukan bagi suku tahun dan tahun berakhir 31 Dis 2020.

Siasatan terhadap Serba Dinamik dijalankan pada Mei 2021 selepas SC menerima laporan daripada KPMG. FMT

Serba Dinamik, 4 eksekutif bebas selepas bayar kompaun RM16 juta




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Waze punya pasal terpaksa terokai hutan



Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Baby Shima kena kecam lagi goyang pinggul



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker