Ayam tak laku sebab harga mahal

Ayam tak laku sebab harga mahal

Walaupun bekalan ayam kurang di pasaran, peniaga ayam segar kini mengeluh akibat gagal menghabiskan jualan disebabkan harga ayam yang mahal.

Tinjauan BH di beberapa pasar basah di sekitar Kuala Lumpur, mendapati kebanyakan peniaga menjual ayam dengan harga RM9 hingga RM11 bagi setiap kilogram.



Seorang peniaga ayam, Abdullah Razali, berkata beliau mendapat bekalan kira-kira 50 ekor ayam sehari berbanding 100 ekor sebelum ini dan menjualnya antara RM9 hingga RM9.50 sekilogram.

“Sekarang walaupun bekalan ayam kurang, 50 ekor ayam yang saya ada masih tidak habis dijual sebab pembeli berpendapat harganya mahal.

“Keuntungan yang saya dapat tidak banyak iaitu antara RM1 hingga RM1.50 saja bagi setiap kilogram. Jika saya menjual dengan harga lebih rendah, saya terpaksa menanggung kerugian,” katanya di sini, semalam.

Rakannya yang hanya mahu dikenali sebagai Rahim, 47, berkata beliau terpaksa menjual ayam dengan harga RM11 seekor.



Beliau berkata, bekalan ayam sukar diperoleh sehingga beliau pernah tidak berniaga selama dua hari disebabkan tiada bekalan ayam.

Sementara itu, peniaga sayur yang hanya mahu dikenali sebagai Junaida, 52, berkata harga sayur kerap berubah sejak Ramadan lalu.

“Dalam masa seminggu, harga sayur kerap naik dan turun. Contohnya pada Isnin dan Selasa, harga naik tetapi pada Rabu pula harga akan turun.

“Harga terung RM6 sekilogram, kacang panjang RM8 sekilogram dan cili merah pula RM13 hingga RM15 sekilogram. Kami ambil bekalan sayur daripada pasar borong dan jika harga di sana mahal, kami terpaksa menjualnya dengan harga agak mahal juga”, katanya.



Pemilik kedai makan yang dikenali sebagai Rashid, 58, berkata beliau terpaksa menaikkan harga makanan disebabkan harga barang mentah meningkat.

“Kita terpaksa meningkatkan harga makanan kerana barang mentah semakin mahal. Jika dulu saya menjual nasi goreng dengan harga RM5, sekarang harganya RM6.

“Saya bersyukur pelanggan memahami situasi sekarang,” katanya.

Suri rumah yang dikenali Nurlinda, 50, berkata beliau tidak terkesan dengan kenaikan harga ayam kerana sudah lama tidak membelinya. BH



Ayam tak laku sebab harga mahal


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi



Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin

Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker