‘Sempat Ajar Bapa Mengucap Sebelum Meninggal Dunia’

‘Sempat Ajar Bapa Mengucap Sebelum Meninggal Dunia’

KUALA TERENGGANU: Pasangan suami isteri sempat mengajar kalimah syahadah kepada bapa mereka yang terbabit kemalangan sebelum warga emas itu meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan di Kampung Pulau Bahagia, Manir, malam tadi.

Idris Salleh, 76, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah selepas motosikal ditungganginya berlanggar dengan sebuah motosikal ditunggangi seorang lelaki dalam kemalangan pada jam 7.30 malam.



Menantu mangsa, Alinawati Husain, 48, berkata, ketika kejadian, bapa mentuanya yang menunggang motosikal Honda EX5 dikatakan dalam perjalanan balik ke rumahnya di Kampung Kubang Palas, Telemong, Hulu Terengganu.

“Arwah dikatakan dalam perjalanan pulang dari bandar ke rumah selepas selesai bekerja. Saya mengetahui kejadian menimpa bapa selepas menerima panggilan telefon yang memberitahu bapa terbabit dalam kemalangan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, bapa masih lagi bernyawa dan kami sempat mengajarnya kalimah syahadah sebelum dia menghembuskan nafas terakhir,” katanya yang tinggal berjiran dengan bapa mentuanya.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat menggunakan kenderaan polis.



Dalam kejadian itu, seorang lagi mangsa belum dikenalpasti identiti juga menunggang Honda EX5 dikatakan mengalami kecederaan parah dikejarkan ke HSNZ.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Wan Mohd Zaki Wan Ismail ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-BH

‘Sempat Ajar Bapa Mengucap Sebelum Meninggal Dunia’

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi



Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker