Mufti tegur artis, berpakaian seksi ketika bernikah budaya jahiliah

Trend pengantin wanita beragama Islam berpakaian seksi dan tidak menutup aurat ketika majlis akad nikah adalah bercanggah dengan garis panduan berpakaian di dalam Islam.

Sehubungan itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, ia merupakan suatu budaya jahiliah dan mungkar yang wajar ditinggalkan.

“Sebagaimana diketahui oleh majoriti masyarakat Islam, hukum menutup aurat adalah wajib dalam agama Islam.



“Aurat lelaki Muslim (yang wajib ditutup) ketika berada di hadapan khalayak adalah di antara pusat dan lutut manakala Muslimah atau wanita Islam pula diwajibkan menutup seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan ketika kehadiran lelaki ajnabi atau bukan mahram,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai trend wanita Islam yang berpakaian seksi dan tidak menutup aurat ketika majlis akad nikah dewasa ini.

Antara yang menjadi tumpuan gara-gara berpakaian seksi ketika majlis akad nikah ialah seorang pelakon wanita yang baharu sahaja melangsungkan majlis akad nikahnya, baru-baru ini.

Pakaian artis wanita yang mendapat sentuhan daripada pereka fesyen antarabangsa itu bagaimanapun menerima kecaman daripada netizen yang menyifatkan pakaian tersebut terlalu seksi dan tidak sesuai untuk digayakan ketika majlis akad nikah.



Mengulas lanjut, Wan Salim berkata, walaupun wanita Islam wajib menutup seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan, namun, ketika berada dalam kalangan sesama wanita, mereka hanya diwajibkan menutup aurat di antara pusat dan lutut sahaja.

“Cuma pakaian itu disyaratkan tidak nipis sehingga menampakkan kulit dan tidak pula terlalu ketat.

“Pada prinsipnya, wanita Islam diharuskan memakai apa jua fesyen pakaian termasuk ketika menghadiri majlis akad nikah dengan syarat-syarat seperti dinyatakan,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini sebab mengapa lelaki jadi Puntianak berkeliaran di sekitar Banda Hilir Melaka



Cuaca terlampau panas, penduduk buat eksperimen goreng telur [VIDEO]

Pengganti Chong Wei, Nicol dan Azizulhasni ada di sekolah rendah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker