Gabungan MCA-Gerakan mampu gempur lawan DAP

PETALING JAYA: Selepas Gerakan, pemimpin Bersatu dan PAS sedia membuka pintu kerjasama dengan MCA menerusi Perikatan Nasional (PN) bagi berdepan DAP pada pilihan raya akan datang.

Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris berkata Gerakan dan MCA mungkin sesuai untuk mengalas cabaran di kerusi bukan Melayu terutama majoriti pengundi Cina yang ketika ini dikuasai DAP.

“Kalau betul MCA berhasrat keluar BN kita sangat sokong kalau dia kerjasama dengan Gerakan,” katanya kepada



Bagaimanapun, beliau secara peribadi berpandangan MCA dan Gerakan mungkin boleh mempertimbangkan untuk bergabung bagi menambah kekuatan melawan DAP.

“Selain elak bertindak kerusi, mereka juga mungkin boleh berkongsi ideologi untuk memperkukuh sokongan orang bukan Melayu,” katanya.

Semalam, Presiden MCA Wee Ka Siong berkata parti itu tidak akan teragak-agak bergerak solo pada PRU16 jika Umno berdegil untuk tetap bekerjasama dengan DAP.

Beliau menegaskan banyak keputusan dibuat Pengerusi BN Zahid Hamidi bersifat ‘unilateral’ atau sebelah pihak, termasuk pendirian mahu kerjasama BN dan Pakatan Harapan (PH) diteruskan selepas PRU16.



Dalam maklum balasnya, Presiden Gerakan Dominic Lau berkata pihaknya terbuka menerima mana-mana parti berhasrat bekerjasama dengan PN termasuk MCA, jika mereka boleh menerima ideologi perjuangan gabungan itu.

Sementara itu, Ketua Wanita PAS Nuridah Salleh berkata masih terlalu awal untuk melihat kemungkinan gabungan PN dengan MCA yang memerlukan perbincangan lanjut di peringkat atasan.

“Tapi sesiapa nak berbaik-baik dan bekerjasama bagi membina negara Malaysia yang sejahtera, adil untuk semua, kita mengalu-alukan,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini sebab mengapa lelaki jadi Puntianak berkeliaran di sekitar Banda Hilir Melaka



Cuaca terlampau panas, penduduk buat eksperimen goreng telur [VIDEO]

Pengganti Chong Wei, Nicol dan Azizulhasni ada di sekolah rendah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker