Serangan pada Akhyar, Faisal & Syafiq guna modus operandi yang sama

Polis mengesan corak serangan jenayah membabitkan tiga pemain bola sepak kebangsaan menggunakan taktik atau modus operandi sama iaitu pergerakan membabitkan dua individu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain berkata, modus operandi yang digunakan dalam kejadian pertama membabitkan samun ke atas Akhyar Rashid, kemudian simbahan asid ke atas Faisal Halim dan terbaru melakukan pecah cermin kereta milik Safiq Rahim adalah sama membabitkan dua individu.

Menurut beliau, mereka juga dikatakan akan mengekori mangsa-mangsa sebelum melakukan serangan.



“Kita kenal pasti modus operandi membabitkan jenayah ke atas pemain bola sepak dan setiap kes serangan membabitkan dua orang atau berpasangan yang mengekori mangsa sebelum melakukan serangan.

“Ketiga-tiga kes ini berlaku selang dua hari bermula dari kes pertama melibatkan Akhyar, kes kedua Faisal dan kes ketiga iaitu Syafiq. Kita harap ini yang terakhir.

“Bagaimanapun, serangan tersebut tidak dapat dikaitkan antara satu sama lain,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Shuhaily turut mengingatkan, sekiranya ada mana-mana pemain bola sepak melihat sesuatu tidak biasa dari biasa untuk mengambil langkah berjaga-jaga.



Beliau berkata, ketiga-tiga kes tersebut kini di bawah kendalian Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Undang-Undang/Pendakwaan (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

“Kes diambil oleh Bukit Aman kerana kita lihat dimensi serangan mungkin merentas kontinjen dan untuk menyelaraskan siasatan kita ambil dua kes ditambah semalam yang ketiga,” jelasnya.

Semalam, cermin kereta bekas ketua pasukan skuad bola sepak kebangsaan, Safiq dipecahkan oleh individu tidak dikenali berhampiran pusat latihan Johor Darul Ta’zim (JDT), di Sri Gelam, Johor Bahru.

Pada 5 Mei lalu pula, Faisal mengalami kecederaan melecur tahap empat selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali menyebabkan beliau mengalami kecederaan pada badannya.



Beliau dikatakan diserang ketika berada di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara, Petaling Jaya, kira-kira pukul 5 petang.

Pada 2 Mei lalu, pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar cedera selepas menjadi mangsa samun dalam kejadian di Terengganu. – UTUSAN

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini sebab mengapa lelaki jadi Puntianak berkeliaran di sekitar Banda Hilir Melaka

Cuaca terlampau panas, penduduk buat eksperimen goreng telur [VIDEO]



Pengganti Chong Wei, Nicol dan Azizulhasni ada di sekolah rendah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker