Kumpulan pertama jemaah haji berlepas ke tanah suci lewat malam ini

gambar hiasan

SEPANG: Operasi haji tanah air bermula hari ini dengan perlepasan kumpulan pertama seramai 284 orang bakal jemaah haji ke Tanah Suci yang dijadualkan lewat malam ini.

Utusan Malaysia difahamkan bahawa mereka yang masing-masing 142 orang diterbangkan dari dua stesen berlepas iaitu Alor Setar, Kedah dan Kota Bharu, Kelantan petang tadi.

Kumpulan berkenaan kemudian dijangka bergabung membentuk pula KT01 di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini kira-kira pukul 9 malam.

Jurucakap Lembaga Tabung Haji (TH) yang dihubungi mengesahkan bahawa bakal jemaah tersebut akan dikumpulkan dan seterusnya menjalani pemeriksaan imigresen Malaysia.



Mereka seterusnya akan diraikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar serta Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain sebelum melalui pemeriksaan imigresen Arab Saudi yang ditempatkan khas di bangunan satelit KLIA di bawah skim Makkah Route.

Malaysia merupakan negara pertama dipilih oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi untuk pelaksanaan inisiatif praperlepasan pada 2017 lalu diikuti Indonesia pada 2018.

Lebih 50 pegawai agensi itu didatangkan khusus dari sana dan bertugas bergilir-gilir di 10 kaunter yang ditetapkan sehingga penerbangan kumpulan terakhir pada 9 Jun depan.

Bakal jemaah ini dijadualkan menaiki pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH8050 menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohamad Abdulaziz di Madinah bertolak pukul 12.15 tengah malam ini dengan tempoh penerbangan kira-kira lapan jam 25 minit atau 6.60 pagi waktu Malaysia.



Seramai 31,600 orang bakal jemaah haji dari Malaysia akan menunaikan ibadah fardu rukun Islam yang kelima itu musim kali ini dengan wukuf di Arafah dijangka pada 15 Jun depan

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini sebab mengapa lelaki jadi Puntianak berkeliaran di sekitar Banda Hilir Melaka

Cuaca terlampau panas, penduduk buat eksperimen goreng telur [VIDEO]



Pengganti Chong Wei, Nicol dan Azizulhasni ada di sekolah rendah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker