Motosikal jatuh longkang sedalam 2 meter di Bangi, wanita cedera dikepala

Gambar Hiasan

Seorang penunggang wanita cedera di kepala selepas motosikal yang dia tunggang melanggar pembahagi jalan sebelum terjatuh ke dalam longkang di Jalan Bangi Lama, Batu 2 Sungai Purun, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pukul 2.17 petang.

Katanya, seramai tujuh anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sampai di lokasi kejadian didapati kemalangan melibatkan sebuah motosikal yang telah melanggar pembahagi jalan lalu terjatuh di dalam longkang kedalaman dua meter.



“Mangsa wanita itu telah mengalami kecederaan pada bahagian kepala,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, wanita berusia 39 tahun itu dihantar ke Hospital Kajang bagi mendapatkan rawatan lanjut.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

MP Ketereh merungut sedekah kematian pakai duit sendiri



Aku sondol laki orang sampai naik pelamin (Video)

Mat Saleh bengang Malaysia ‘rosakkan’ deria rasanya (Video)



Mondy dakwa Ebit Lew kotor

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker