Penuntut kolej maut tercampak keluar kereta

Hilang kawalan selepas memotong

Penuntut kolej maut tercampak keluar kereta

Seorang remaja perempuan maut apabila tercampak keluar dari kereta dinaikinya dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer (KM) 458.6 Lebuh Raya Utara-Selatan, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, kemalangan pada pukul 8.40 malam itu berlaku ketika pelajar kolej swasta berusia 18 tahun tersebut menaiki sebuah kereta bersama dua rakan menuju ke arah Sungai Buloh dari Subang.



“Ketika kejadian, kereta jenis Honda City dinaiki mangsa bersama dua individu yang juga pelajar kolej swasta hilang kawalan ketika cuba memotong kereta jenis Toyota Vios.

“Honda City berkenaan memotong dari bahagian kiri lalu hilang kawalan ketika cuba masuk semula ke lorong kanan selepas selesai memotong,” katanya hari ini.

Tambah beliau, Toyota Vios dipandu lelaki tempatan berusia 36 tahun yang gagal mengelak telah melanggar Honda City yang terbabas berkenaan lalu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan.

Katanya, akibat pelanggaran itu Honda City berkenaan berpusing lalu termasuk ke lorong kedua sebelum dirempuh oleh kereta dan sebuah motosikal yang tidak sempat mengelak.



“Mangsa yang maut serta semua yang cedera dibawa ke Hospital Sungai Buloh bagi proses bedah siasat dan rawatan lanjut,” katanya. K Online

Penuntut kolej maut tercampak keluar kereta

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Fatia Latiff kena bahan lagi lepas ‘upload’ gambar ini

‘Alamak Raya Lagi’ versi tauke babi panggang raih 1.6 juta tontonan (Video)



Penebar roti canai dicari dengan gaji RM5,000 sebulan

Ruhainies tipu kata nak berundur – Kekasih Aliff Aziz



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker