27 pelajar sekolah maut dihempap bumbung

27 pelajar sekolah maut dihempap bumbung

27 pelajar sekolah maut dihempap bumbung
PETUGAS penyelamat membawa seorang kanak-kanak selepas bumbung sebuah sekolah di Peshawar runtuh hari ini. – AFP

ISLAMABAD – Seramai 27 murid dan seorang guru terbunuh hari ini selepas bumbung sebuah sekolah runtuh di bandar Peshawar, barat laut Pakistan, demikian menurut beberapa pegawai hospital.

Asim Khan dari Hospital Lady Reading di Peshawar mengesahkan angka korban tersebut kepada AFP, sambil berkata, lebih 30 orang cedera, dengan enam daripada mereka dipercayai kritikal.

Seorang jurucakap perkhidmatan kecemasan wilayah Khyber Pakhtunkhwa memberitahu, pelajar sekolah dihempap dan terperangkap selepas bumbung itu runtuh.

“Apabila pasukan tindak balas kecemasan Rescue 1122 tiba di tempat kejadian, mereka mendapati sebuah bumbung runtuh ke atas bumbung yang lain, menyebabkan bilik darjah di bawahnya dihempap dengan kanak-kanak di dalamnya terperangkap.

“Terdapat kebimbangan lebih ramai kanak-kanak mungkin masih terperangkap di bawah runtuhan,” kata jurucakap Bilal Ahmad Faizi sambil menambah, 16 ambulans dan dua kenderaan tindak balas bencana bersama lebih 60 anggota dikerah ke lokasi kejadian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Malaysia-China Perluas Kerjasama Pemindahan Teknologi Dan Pembangunan Industri


Imej yang dikeluarkan oleh perkhidmatan kecemasan menunjukkan petugas penyelamat bertungkus-rumus mengalihkan sisa runtuhan, serpihan dan tanah.

Wartawan AFP pula melihat berpuluh-puluh orang berada di lokasi kejadian.

Penduduk tempatan, Sher Ahmed berkata, dia menyalahkan ‘bahan binaan tidak mengikut piawaian’ sebagai punca tragedi dan menggesa siasatan dijalankan. – AFP

27 pelajar sekolah maut dihempap bumbung


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

RSN Rayer Jangan Cetus Persepsi Buruk Terhadap Institusi Kehakiman

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker