Pearly-Thinaah cemerlang, sumbangkan emas ketujuh negara

Pearly Tan-M.Thinaah menampilkan aksi sempurna ketika menewaskan beregu England, Chloe Birch-Lauren Smith 21-5, 21-8 pada perlawanan akhir Sukan Komanwel Birmingham 2022 di National Exhibition Centre (NEC) sebentar tadi.- kredit Twitter Commonwealth Sports.

KUALA LUMPUR – Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah menghadiahkan pingat emas ketujuh buat kontinjen Malaysia pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 apabila mudah menewaskan wakil tuan rumah, Chloe Birch-Lauren Smith sebentar tadi.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di National Exhibition Centre (NEC) itu, Pearly-Thinaah langsung tidak memberikan peluang buat gandingan England tersebut selepas mencatat kemenangan 21-5, 21-8 dalam tempoh 33 minit.

Lebih manis, kemenangan itu turut memastikan Malaysia mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada edisi 2018 di Gold Coast, Australia menerusi gandingan Chow Mei Kuan-Vivian Hoo.

Turun sebagai beregu pilihan, gandingan yang berada pada ranking ke-11 dunia itu bermula garang di set pertama apabila melakukan asakan demi asakan sehingga mampu menjarakkan diri begitu jauh sebelum menang 21-5.

Tersentak dengan kekalahan mudah di set pertama, Birch-Smith tampil dengan aksi lebih kemas dalam set kedua, namun masih belum mampu untuk menangani kehebatan Pearly-Thinaah apabila ketinggalan 5-11.

Sedar dengan situasi lawan yang semakin tertekan beraksi di hadapan penyokong sendiri, Pearly-Thinaah langsung tidak mengendurkan asakan, sebaliknya terus melancarkan serangan bertali arus untuk selesa mendahului 15-6.

Meskipun jauh ketinggalan, gandingan tuan rumah langsung tidak berputus asa untuk merapatkan kedudukan, namun ia masih belum cukup untuk menyekat kemaraan Pearly-Thinaah yang memastikan pingat emas menjadi milik mereka apabila menang 21-8

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu LCS: Najib balun Raja Formula PKR dengan fakta padu

Video lucah tersebar, ada pihak cuba jatuhkan Noh Salleh

Mahu elak hubungan seks, wanita ditahan buat laporan palsu dirogol

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker