Lelaki ragut rantai wanita diburu

PETALING JAYA : Tindakan seorang lelaki meragut rantai seorang wanita di Taming Jaya Balakong di sini pada Sabtu lalu mengundang padah apabila dia diburu polis.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, mangsa dikatakan sedang berjalan kaki menuju kereta miliknya jenis Perodua Alza yang diparkir di bahu jalan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, suspek yang menunggang sebuah motosikal cuba meragut rantai emas mangsa, tetapi tidak berjaya,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mohd Zaid berkata, kejadian itu telah dirakam oleh kamera papan pemuka sebuah kenderaan yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

Hasil penelitian rakaman video itu mendapati seorang lelaki yang menunggang motosikal jenis tidak pasti berwarna biru cuba menarik rantai mangsa,” katanya.

Beliau berkata, satu kertas siasatan telah dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang ada maklumat berhubung kejadian ini disarankan tampil untuk memberikan keterangan atau boleh menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Noorlaila Kairudin di talian 019-2299906,” ujarnya

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pengarah urusan dihukum penjara 230 tahun tipu pakej umrah, ziarah

Gadis cantik tidak kisah bergelar petani cendawan

‘Dia bukan anak atau anak ikan tetapi suami saya yang sah’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker