40 km kejar pemandu lori lari dari kemalangan

40 km kejar pemandu lori lari dari kemalangan

Dungun: Pemandu lori yang terbabit kemalangan maut membabitkan sebuah motosikal di Kilometer 335.5 Lebuhraya Pantai Timur 2, dekat Hentian Rawat Dan Rehat (R&R) Paka, tengah malam tadi, berjaya ditahan selepas dikejar seorang pemuda hampir 40 kilometer dari tempat kejadian.

Dalam kemalangan 12.10 tengah malam itu, penunggang motosikal, Muhammad Haziq Abdul Halim, 20, maut selepas melanggar bahagian belakang lori terbabit.

Pemandu trak tunda, Mohd Kamaruzzaman, 35, berkata, sebelum kejadian dia yang memandu kereta bersama isterinya dalam perjalanan ke Kota Baharu sebelum terserempak dengan kemalangan dan memberhentikan kenderaannya.

“Saya dapati seorang pemuda (mangsa) telah meninggal dunia dan ketika itu saya dapati lori itu dimatikan enjin dan pemandunya sedang lena tidur.

“Saya sangat pelik kenapa pemandu lori itu tidur di tengah lebuh raya dalam keadaan mematikan enjin lori serta tidak membuka lampu depan dan belakang kenderannya,” katanya ketika ditemui di Plaza Tol Bukit Besi.

Katanya, dia berusaha menutup mayat mangsa sambil meminta rakan-rakan mangsa mengejutkan pemandu lori itu untuk meminta pemandu lori itu mengalihkan lorinya.

“Ketika rakan mangsa mengejutkan pemandu lori itu, pemandu terbabit menghidupkan kenderaannya sebelum melarikan diri.

“Dalam keadaan kelam-kabut saya meminta rakan-rakan mangsa menghubungi polis dan sebaik saya menutup mayat mangsa, saya memecut kereta dan mengejar lori itu,” katanya.

Menurutnya, lori itu dipandu sangat laju dan dia mengejar dan beberapa kali memotong lori itu sambil menjerit meminta pemandu itu memberhentikan kenderaannya.

“Sepanjang 40 kilometer mengejarnya pemandu lori itu beberapa kali cuba menghimpit dan melanggar kereta saya dan saya sambil mengejar sambil menenangkan isteri saya yang ketakutan.

“Saya melentangkan kereta saya dan saya nekad dan sanggup berdepan risiko sekiranya lori itu merempuh kereta saya,” katanya.

Menurutnya, pemandu lori terbabit akhirnya memberhentikan lorinya dan mengiringinya ke Plaza Tol Bukit Besi.

“Saya kemudiannya menghubungi pihak polis dan sebaik anggota polis trafik tiba, saya serahkan lelaki itu kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, mayat mangsa dihantar ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, ketika kejadian pemandu lori terbabit dalam perjalanan menghantar barangan sejuk beku dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu.

“Pemandu terbabit kemudiannya ditahan dan hasil ujian air kencing yang dilakukan mendapati negatif mengandungi dadah.

“Kita turut mengambil sampel darah pemandu terbabit dan akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk ujian alkohol dan kes berkenaan disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987,” katanya.

Sementara itu, adik mangsa, Muhammad Firdaus Abdul Halim, 17, berkata, ketika kejadian dia bersama arwah serta empat lagi rakan berkonvoi dari Kampung Atas Tol untuk makan nasi lemak di R&R Paka.

“Kami masing-masing menunggang motosikal bersendirian dan ketika kejadian saya berada di depan.

“Abang ketika itu berada di belakang saya dan saya dan kawan-kawan juga nyaris melanggar lori terbabit namun berjaya mengelak,” katanya.

Katanya, salah seorang rakannya, memusingkan kenderaannya untuk mendapatkan pemandu lori itu supaya diamengalihkan lorinya tu ke tepi lebuh raya kerana bimbang dilanggar pengguna lebuh raya. BH

40 km kejar pemandu lori lari dari kemalangan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker