Anwar Perlu Teliti Semula Bayaran MySejahtera

Oleh Norzahira

ISU pembayaran MySejahtera menjadi hangat beberapa bulan yang lalu apabila konsep CSR dilihat telah digunakan sebagai mekanisme untuk mendapatkan projek kerajaan tanpa melalui prosedur perolehan yang sepatutnya. Tidak ada dokumen yang menyatakan CSR ini adalah bertempoh satu (1) tahun.

Oleh itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa agar meneliti semula mekanisme pembayaran aplikasi tersebut.

Pada tahun 2021, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesa kerajaan mengambil alih pengoperasian aplikasi MySejahtera tanpa melibatkan apa-apa kos tambahan memandangkan ia telah menjadi sebahagian daripada sistem kesihatan negara.



Namun Kerajaan Ismail Sabri telah memutuskan untuk mula membayar pembangun aplikasi mudah alih MySejahtera mulai April 2022 dan seterusnya. Justifikasi beliau berdasarkan aplikasi MySejahtera, yang dimulakan sebagai usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) selama satu tahun, berakhir tempoh CSRnya pada 31 Mac.

PAC mendapati pelantikan KPISoft (Entomo) sebagai pembangun aplikasi MySejahtera pada bulan Mac 2020 adalah tidak teratur serta tidak berlandaskan prosedur/tatacara perolehan kerajaan.

Menurut PAC, tiada sebarang minit ataupun dokumen sokongan yang wujud berkenaan dengan pelantikan berkenaan. Satu-satunya dokumen adalah Dokumen Perjanjian Kerahsiaan (NDA) yang ditandatangani antara MKN (bagi pihak Kerajaan) dengan KPISoft.

Dapatan itu adalah sebahagian lapan rumusan PAC hasil daripada dua prosiding yang dijalankan berhubung pengambilalihan MySejahtera iaitu pada 14 April dan 21 April 2022 yang mana antara saksi dipanggil ialah Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.



Memetik kenyataan Pengerusi PAC, Wong Kah Woh, konsep Tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dicadangkan oleh KPISoft (Entomo) telah menyebabkan Kerajaan tidak jelas akan hala tuju sebenar perolehan aplikasi MySejahtera. Kerajaan adalah keliru dari segi pelantikan KPISoft, konsep CSR dan tempohnya serta pemilikan aplikasi MySejahtera.

Ini jelas berlaku manipulasi tahap tinggi untuk menjadikan konsep CSR sebagai mekanisme untuk mendapatkan projek kerajaan tanpa melalui prosedur perolehan yang sepatutnya. Tambahan pula, tidak ada dokumen yang menyatakan CSR ini adalah bertempoh satu (1) tahun.

Oleh itu, Anwar perlu meneliti semula proses pembayaran MySejahtera ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker