Kembalikan kebebasan Parlimen jika terpilih Speaker

 

SHAH ALAM – Bekas Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berhasrat meneruskan perjuangan dua bekas Speaker Parlimen, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Tan Sri Mohammad Ariff Md Yusof untuk mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen sekiranya terpilih menggalas jawatan tertinggi Dewan Rakyat itu pada 19 November ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun itu berkata, beliau difahamkan namanya tersenarai antara calon Speaker Parlimen baharu daripada blok kerajaan bagi menggantikan penyandangnya, Tan Sri Azhar Azizan Harun yang bakal menamatkan perkhidmatan pada persidangan pertama Dewan Rakyat pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Jelas Johari, setakat ini pejabat Setiausaha Dewan Rakyat masih belum menghubunginya bagi mengesahkan berita berkenaan, bagaimanapun bekas Ketua Whip Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mengakui beberapa pemimpin parti sudah memaklumkan pencalonan beliau.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen pada Isnin. – Foto Bernama.

“Saya pun dengar macam itulah, saya difahamkan nama saya adalah antara dihantar dalam senarai pencalonan pelantikan Speaker Parlimen baharu bagi blok kerajaan.

“Namun setakat ini saya belum dihubungi oleh pejabat Setiausaha Dewan Rakyat bagi pengesahan perkara itu.

“Sekiranya saya terpilih pada 19 November nanti, pastinya saya akan meneruskan kerja baik dilaksanakan Mohammad Ariff dan Pandikar Amin sebelum ini memandangkan mereka merupakan ikon reformasi institusi Parlimen negara,” ujarnya sewaktu dihubungi Sinar Premium pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi mengulas desas-desus pelantikan Speaker Dewan Rakyat baharu pada hari pertama sidang Parlimen ke-15 yang dijadualkan berlangsung pada 19 Disember ini.

Sebelum ini, media melaporkan dua nama iaitu bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Mohammad Ariff (Parti Amanah Negara) dicadangkan sebagai calon Speaker Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, Wan Junaidi dan Mohammad Ariff ketika dihubungi mengesahkan mereka belum menerima sebarang notis atau surat rasmi daripada kerajaan berhubung pencalonan berkenaan.

Perikatan Nasional (PN) pula menyerahkan dua nama iaitu Tan Sri Datuk Azhar Azizan Harun dan Datuk Mohd Rashid Hasnon pada Isnin untuk dicalonkan sebagai Speaker Dewan Rakyat bagi mewakili blok pembangkang.

Datuk Rashid Hasnon
Datuk Rashid Hasnon

 

Isu siapa bakal dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat, mula mencuri perhatian umum selepas Azhar Azizan pada Jumaat lalu, mengesahkan beliau akan mengosongkan jawatannya sebelum Parlimen bersidang dengan Parlimen yang bakal bersidang akan dikendalikan oleh Setiausaha Dewan Rakyat.

Sementara itu, Johari turut membayangkan hasrat untuk mengembalikan semula Akta Perkhidmatan Parlimen bagi menjamin kebebasan institusi berkenaan daripada sebarang pengaruh badan eksekutif.

Jelas beliau, tindakan pemansuhan akta berkenaan pada tahun 1992 menyebabkan institusi Parlimen kini dilihat seolah-olah tidak bebas dan tiada transparensi.

“Dahulunya institusi Parlimen adalah bebas dengan adanya penggubalan Akta Perkhidmatan Parlimen.

“Malangnya apabila akta itu dimansuhkan dan Parlimen kemudiannya diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), terdapat persepsi menunjukkan Parlimen seolah-olah dikongkong kerajaan.

“Saya fikir mana-mana Speaker Parlimen yang bakal dilantik kelak perlu meneruskan agenda mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen yang dicadangkan Pandikar Amin dan disokong Mohammad Ariff selepas itu. Ia penting bagi menjamin integriti institusi berkenaan,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j

Anwar arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN

Jangan berani sentuh Messi – Tyson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker