Remaja autism hilang 4 hari selepas keluar rumah

Remaja autism hilang 4 hari selepas keluar rumah

KULAI – Seorang remaja perempuan yang menghidap penyakit autism dilaporkan hilang sejak empat hari lalu selepas bertindak keluar daripada kediaman keluarganya di Bandar Putra, di sini.

Bapa tiri kepada remaja berkenaan, Mohd. Azmi Abdullah, 40, memberitahu, keberadaan Nur Elyana Adryna Abdul Rahim, 16, gagal dikesan sejak Sabtu lalu.

Menurutnya, dia sudah mencari remaja berkenaan selama empat hari di sekitar Kulai sehingga ke Johor Bahru namun masih gagal.



“Sabtu lalu, dia keluar sendirian tanpa membawa dokumen pengenalan diri ketika saya sedang tidur, manakala isteri telah keluar bekerja.

“Saya sangat risau kerana bimbang perkara buruk berlaku kepada dirinya. Kebiasannya apabila kakak (Nur Elyana Adryna) keluar rumah, dia akan kembali pada sebelah petang, tetapi ini sudah empat hari,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Azmi berkata, susulan itu dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai berhubung kehilangan kakak dan pesanan yang diterima itu.

Sehubungan itu, Mohd Azmi berharap masyarakat dan pihak berkuasa dapat membantu untuk mencari keberadaan anaknya anak keduanya itu agar dia segera ditemui dalam keadaan selamat. K Online



Remaja autism hilang 4 hari selepas keluar rumah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kau ingat gelek dalam khalayak itu dapat pahalakah? – Ahmad Dasuki

Jeslina Hashim dikecam tayang punggung

Polis Tunjuk ‘Thumbs Up’ Kepada Pemandu Lori Bantu Halang MPV (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker