PM Finland berparti seperti bintang rock

SANNA MARIN terus terpalit kontroversi susulan pendedahan terbaharu parti liar di kediaman rasminya. – Agensi/ AFP

HELSINKI – Perdana Menteri Finland, Sanna Marin memohon maaf semalam berhubung gambar menghairahkan sekali gus  kontroversi  yang dirakam di kediamannya, kurang seminggu selepas  pemimpin berusia 36 tahun itu mengundang kritikan selepas klip video memaparkan dia berpesta menjadi tular.

Gambar yang disiarkan  media Finland itu menunjukkan dua wanita sedang bercium, mendedahkan dada  dan menutup payudara mereka dengan slogan bertulis ‘Finland’.

Marin mengesahkan bahawa gambar itu dirakam  di kediaman rasminya di Kesaranta, selepas dia menghadiri festival muzik yang berlangsung pada 8 hingga 10 Julai lalu.

“Saya rasa gambar ini tidak sesuai, saya minta maaf untuk itu. Gambar seperti ini tidak sepatutnya dirakam,” kata Marin kepada pemberita di Helsinki.

Katanya, beliau mempunyai ‘kawan’ di kediamannya pada masa itu. Mereka bersantai pada ‘waktu petang’ dan ‘pergi ke sauna’.

Gambar itu pertama kali diterbitkan dalam aplikasi TikTok oleh bekas peserta ratu cantik Miss Finland dan pesohor  media sosial. Dia turut muncul dalam foto tersebut.

Artikel lidah pengarang akhbar terbesar negara di Finland, Helsingin Sanomat kelmarin menyatakan bahawa Marin kelihatan tidak ‘terkawal’, manakala lebih banyak gambar dan video kehidupan peribadinya mungkin didedahkan kepada umum.

Perdana Menteri itu menjadi tajuk utama akhbar di seluruh dunia pada minggu lalu apabila muncul dalam  video yang menunjukkan dia ligat menari dan berpesta dengan sekumpulan rakan dan selebriti. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suami Tengku Maimun buat hantaran negatif, bimbang pengaruhi keputusan pertuduhan – Najib

Amelia Henderson Terlalu Seksi, Peminat Doa Ada Lelaki Boleh Bimbingnya

Penyanyi Lelaki Selamba Cium BCL Atas Pentas Dikecam Netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker