Usul tubuh semula Kementerian Wilayah, Zahid jamin bawa kepada Jemaah Menteri

Usul tubuh semula Kementerian Wilayah, Zahid jamin bawa kepada Jemaah Menteri

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi memberi jaminan akan membawa usul perwakilan menggesa penubuhan semula Kementerian Wilayah Persekutuan pada mesyuarat Jemaah Menteri akan datang.

Berucap di pentas penggulungan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2023, Zahid berkata, beliau telah berbincang mengenai perkara itu dengan Ketua Umno Wilayah Persekutuan Johari Ghani.

Bagaimanapun, beliau berpendapat Johari, yang juga naib presiden Umno, lebih layak menjaga portfolio lebih penting berbanding kementerian itu.

“Saya telah berbincang dengan beliau, Johari lebih layak untuk menjadi menteri lebih tinggi daripada (Menteri) Wilayah,” katanya menjawab usul perwakilan dari Wilayah Persekutuan.

“Tetapi jika ini yang dituntut oleh ahli di peringkat bahagian, saya akan usahakan ia sebagai satu agenda.”

Terdahulu, ketika sesi perbahasan, Ketua Penerangan Umno Wilayah Persekutuan Gulam Muszaffar Gulam Mustakim meluahkan rasa kecewanya apabila tidak berasa kebersamaan dalam kerajaan perpaduan berbanding negeri lain seperti Perak, Pahang dan Melaka, malah seakan dipinggirkan.

Beliau berkata, Johari yang juga satu-satunya Ahli Parlimen parti itu di Wilayah Persekutuan, mewakili Titiwangsa, sepatutnya diberi peranan penting dalam kerajaan.

“Padahal kita di Wilayah Persekutuan ada seorang naib presiden Umno, pemimpin yang saya anggap sebagai ‘The Last Man Standing in Klang Valley’, Johari Ghani.

“(Beliau sebagai) satu-satunya Ahli Parlimen Umno yang menang pada PRU15 sepatutnya diberi peranan dan tempat yang penting dalam kerajaan dan kedudukan politik Umno di Wilayah Persekutuan,” katanya. FMT

Usul tubuh semula Kementerian Wilayah, Zahid jamin bawa kepada Jemaah Menteri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lebai berkopiah suka layan ‘ucapan lucah’, Dr. Maszlee bidas totok PAS

Pemain Bola Sepak Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam Bilik Hotel

Remaja diseksa dan dipaksa berbogel

Komplot jahat doktor pakar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker