RichWorks sasar bantu 150,000 usahawan



Sebaran :


KUALA LUMPUR – RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) menyasarkan seramai 150,000 usahawan dan bakal usahawan menyertai program virtual Bina Bisnes Berjaya – Edisi Khas Nak Mula Berniaga (NMB) 2021.

Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks, Radz Mohd. berkata, program yang akan berlangsung pada 23 hingga 25 April nanti turut ditaja sepenuhnya oleh RichWorks tanpa sebarang pembayaran oleh peserta.

“Program ini adalah edisi khas Bina Bisnes Berjaya yang telah dilancarkan pada 30 Januari 2021, untuk program NMB ini kita akan membantu usahawan untuk memahami beberapa perkara asas dalam perniagaan.



“Kita mahu beri pendedahan kepada usahawan atau bakal usahawan apakah kesilapan-kesilapan usahawan dalam melakukan perniagaan mereka supaya mereka boleh bersiap-sedia berdepan dengan cabaran perniagaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan program virtual NMB di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Radz Mohd. berkata, program NMB yang diadakan secara virtual itu nanti juga ingin membuka mata orang ramai bahawa semua orang boleh mula berniaga dan menjana pendapatan bagi meningkatkan ekonomi sama ada secara sepenuh masa atau sampingan walaupun dalam tempoh pandemik ini.

“Sebenarnya banyak peluang yang ada untuk jana pendapatan dalam era digitalisasi ini dengan ramai orang kini banyak meluangkan masa melayari internet dan laman-laman sosial.



“Bagaimanapun, ada sebahagian usahawan yang tidak tahu bagaimana hendak mula berniaga dengan betul menyebabkan mereka gagal mendapatkan hasil seperti yang diharapkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Radz Mohd. memaklumkan, RichWorks sebagai syarikat penganjur acara dan seminar terbesar dalam keusahawanan dan pemasaran di negara yang diasaskan oleh Datuk Wira Dr. Azizan Osman sejak tahun 2008 telah melatih dan membimbing lebih 1.1 juta orang dalam pelbagai industri di dalam dan luar negara.

“Pada tahun lalu sahaja, seramai 777 orang usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) telah dibimbing dalam program mentoring Spire dan Titanium berjaya menjana jualan melebihi RM2 bilion.



“RichWorks mahu melatih dan bimbing lebih ramai orang agar mereka dapat membina bisnes yang berjaya di mana pun tahap mereka berada,” katanya. K Online

Sertai RichWorks untuk lebih berjaya


Sebaran :


Leave a Reply