Sertai RichWorks untuk lebih berjaya



Sebaran :


SHAH ALAM – RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) menyediakan platform bagi orang ramai terutamanya perusahaan kecil dan sederhana serta mikro untuk bangkit ketika pandemik ini.

Menurut Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks, Radz Mohd., program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya – Edisi Khas Nak Ubah Hidup pada Jumaat, Sabtu dan Ahad nanti dapat membantu mereka untuk menyaksikan perubahan yang lebih baik.

Jelasnya, dalam tempoh mencabar ini, terdapat usahawan yang telah berjaya selepas mendapat bimbingan RichWorks.



“Kami faham ada usahawan susah, tak tahu apa lagi perlu dilakukan, bisnes jatuh malah ada terpaksa tutup perniagaan dan putus asa.

“Sebab itu, RichWorks bersama Pengasas, Datuk Wira Dr. Azizan Osman menyediakan program percuma ini yang sudah terbukti berjaya ubah hidup ramai orang di samping sebagai sumbangan kepada masyarakat terutama bangsa usahawan,” katanya.

RichWorks sebagai syarikat latihan dan bimbingan terbesar di negara telah melatih lebih 1.1 juta orang daripada pelbagai tahap bisnes sejak 2008 lagi.



Bagaimanapun tambah Radz, kesusahan yang dirasai ketika ini sebenarnya bukanlah penghalang untuk bangsa usahawan kembali berkembang dan berubah jadi lebih baik lagi.

“Berdasarkan pengalaman hampir 13 tahun dalam melatih dan bimbing bangsa usahawan, RichWorks menemukan formula, perkara dan langkah-langkah yang boleh membantu mereka untuk berubah dalam bisnes dan kehidupan.

“Sepanjang tahun lalu, seramai 777 usahawan PKS di bawah bimbingan kami berjaya catatkan peningkatan hingga jumlah jualan keseluruhan melebihi RM2 bilion,” ujarnya.



Justeru itu, Radz menyeru agar usahawan PKS dan mikro dapat memberikan peluang kepada diri mereka walaupun perubahan ini tidak mudah yang mana memerlukan kesungguhan seseorang.

“Usahawan juga boleh saja membawa kakitangan malah keluarga mereka bersama-sama belajar dan memulakan langkah pertama untuk saksikan perubahan dalam bisnes dan diri ini,” jelasnya.

Untuk pendaftaran dan keterangan lanjut, sila layari www.BinaBisnesBerjaya.com.
K Online



Viral: “Siapa Sangka Dulu Pilot, Kini Duduk Dapur Masak Sagu” – Kisah Lelaki Ini Beri Inspirasi


Sebaran :


Leave a Reply