Viral: “Siapa Sangka Dulu Pilot, Kini Duduk Dapur Masak Sagu” – Kisah Lelaki Ini Beri Inspirasi

Share

Umum sedia maklum, pandemik wabak Covid-19 yang berlaku sejak awal tahun ini memberi kesan yang amat besar kepada pelbagai sektor bisnes terutamanya sektor penerbangan dan pelancongan

Sepertimana yang kita tahu, kebanyakan syarikat penerbangan mengalami kerugian yang sangat besar kerana tidak dapat beroperasi sejak wujudnya Covid-19.

Maka ramai pramugari, pramugara serta juruterbang terpaksa diberhentikan kerja dan bagi yang masih berkhidmat, gaji mereka terpaksa dipotong untuk menampung bajet syarikat.

Begitu juga dengan kisah seorang juruterbang yang telah berkhidmat kira-kira 6 tahun di syarikat penerbangan terkenal Malindo Air, di mana dia kini aktif berniaga dessert yang diberi nama @sagopop.by.shakram bersama isterinya.

Menjadi bapa kepada 5 orang anak dan salah seorang daripadanya adalah kanak-kanak istimewa

Mohamad Akram Bin Abd Rahim atau mesra dipanggil sebagai Akram berkata dia kini masih bekerja sebagai juruterbang di syarikatnya. Namun, dalam keadaan sekarang yang agak sukar dan gajinya terpaksa dipotong hampir 90% membuatkan dia ingin mencari rezeki lebih untuk keluarganya.

“Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya lihat ramai rakyat Malaysia yang cuba memasak pelbagai jenis makanan. Saya dan isteri juga tidak terkecuali untuk mencuba menu dan resipi baru.

Selepas PKP, ramai kawan-kawan kami memulakan perniagaan dari rumah dan kami memutuskan untuk cuba menjual sagu,” katanya.

Menjual sagu moden pelbagai perisa dan bertemakan unicorn untuk tarik perhatian kanak-kanak serta golongan muda

Image from @sagopop.by.shakram (Instagram)

Image via @sagopop.by.shakram (Instagram)

Akram juga berkata sebelum memulakan bisnes Sago Pop ini, dia dan isteri meminta keluarga dan rakan-rakan untuk menjadi orang pertama yang rasa menu mereka. Selepas mendapat green light tanda bisnes ini boleh pergi jauh, mereka mula mempromosikan Sago Pop melalui medium online seperti Instagram.

Selepas beberapa bulan menjual sagu dan telah mendapat ramai regular customer, mereka cuba untuk pelbagaikan perisa sagu seperti kombinasi bersama susu Thailand berperisa serta special toppings.

Oleh kerana sambutan yang tidak putus daripada pelanggan, mereka kini sudah mempunyai satu cawangan kedai di @raf.pj Kelana Jaya khas bagi pelanggan yang ingin terus menjamu selera di kedai mereka.

Image from @sagopop.by.shakram (Instagram)

Image via @sagopop.by.shakram (Instagram)

Sago Pop semakin dikenali kerana mendapat positive feedback dalam kalangan selebriti hasil daripada tajaan rancangan dan set penggambaran

Antara artis yang telah mencuba Sago Pop adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dazrin Kamarudin, Intan Ladyana, Acong Sweetchild, Sherry Ibrahim dan ramai lagi.

Rata-rata mereka memuji idea dan rasa Sago Pop yang sedap dan warnanya yang menarik mengikut pelbagai perisa.

“Siapa sangka seorang juruterbang hampir 10 tahun kini berada di dapur dan kedai memasak sagu untuk pelanggan,” – Akram

Bercakap tentang kenapa dan bagaimana dia memulakan bisnes sagu ini, Akram berkata sebab utamanya ialah dia memerlukan sesuatu untuk terus bersemangat demi keluarga tercinta dan dia ingin menekankan kepada orang ramai konsep ‘belum cuba, belum tahu’.

“Pandemik ini telah mengubah hidup kita 360 darjah. Kali terakhir ketika saya terbang, saya hanya perlu fly beberapa jam untuk dapatkan ratusan ringgit. Tetapi kini saya kena bekerja sekurang-kurangnya sebulan untuk mendapatkan jumlah pendapatan yang biasanya saya boleh dapatkan dalam masa seminggu.

Kami hanya ingin berkongsi kisah kami kepada semua orang yang terkesan dengan pandemik ini supaya tidak berputus asa dan percaya pada diri sendiri,” katanya- Says.com

Lawak Giler: Ayah Ajar Anak Mandi ‘Cara Orang Selangor’ Ini Undang Ketawa Ramai Netizen [ VIDEO ]

Leave a Reply