Helikopter terhempas di Lapangan Terbang Subang, 5 selamat


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, seorang mangsa patah kaki dan cedera di kepala manakala empat yang lain tidak mengalami kecederaan. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Sebuah helikopter jenis Airbus H125 terhempas di kawasan Lapangan Terbang Subang pagi tadi.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Lima individu dalam helikopter itu termasuk seorang juruterbang dan penolong juruterbang terselamat, dengan seorang mengalami kecederaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.47 pagi tadi dan segera ke lokasi kejadian.

“Tiada kebakaran dikesan pada helikopter itu dan semua mangsa dilaporkan stabil,” katanya ketika dihubungi.

Norazam berkata, seorang mangsa patah kaki dan cedera di kepala manakala empat yang lain tidak mengalami kecederaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, helikopter berkenaan terhempas dalam kawasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada 9.18 pagi tadi.

Katanya, semua penumpang dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Pihak Biro Siasatan Kemalangan Udara sedang menyiasat punca kemalangan itu,” katanya ketika dihubungi. FMT

[VIDEO] Helikopter terhempas berhampiran Taman Melawati (Kemaskini)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker