Satees keluar DAP, tanding bebas

Satees Muniandy berkata beliau akan menyokong Chow Kon Yeow sebagai ketua menteri Pulau Pinang.

Satees keluar DAP, tanding bebas

Penyandang kerusi DUN Bagan Dalam Satees Muniandy mengumumkan keluar DAP dan mengesahkan akan bertanding atas tiket bebas pada PRN 12 Ogos ini.

Bagaimanapun, beliau berikrar akan menyokong Ketua Menteri Chow Kon Yeow untuk terus menerajui Pulau Pinang.



Pada masa sama beliau menegaskan tidak akan memberi sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) sekiranya diberi mandat buat kali kedua menjadi Adun kawasan berkenaan.

“Saya telah menghantar surat kepada setiausaha agung parti (Loke Siew Fook) pagi ini dan telah memaklumkan kepada Chow mengenai keputusan yang paling sukar, selepas 15 tahun berkhidmat dalam parti,” katanya pada sidang media di Pejabat Khidmat Adun Bagan Dalam di sini, hari ini.

Satees antara beberapa penyandang dan exco yang tidak tersenarai sebagai calon pada PRN kali ini selain Exco Alam Sekitar dan Kebajikan Masyarakat Phee Boon Poh, Exco Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam Chong Eng, Exco Belia dan Sukan Soon Lip Chee, Exco Pelancongan dan Industri Kreatif Yeoh Soon Hin dan Timbalan Ketua Menteri II yang juga Exco Pembangunan Modal Insan, Pendidikan, Sains dan Teknologi P Ramasamy.

Satees, 38, berkata beliau akan bekerjasama mewujudkan blok calon bebas bersama bekas ketua cawangan DAP Kampung Jawa Autocity David Marshel yang turut mengumumkan keluar parti dan mengesahkan akan bertanding sebagai calon bebas bagi DUN Perai, semalam. FMT



Satees keluar DAP, tanding bebas

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norish Karman bibir tebal kerana botox?



Isteri nak buat kejutan

Dato Malik bebas dengan jaminan



Hari Asyura, kelebihan Puasa 9,10,11 Muharam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker