Peguam Negara wajib letak jawatan – Puad Zarkashi

Oleh Tun Teja

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Azalina Othman Said mempersoalkan jika kuasa penukarkan Peguam Negara di tangan Perdana Menteri(PM), mengapa PM tidak menukarkan Peguam Negara sedangkan ia adalah bidang kuasa PM.

Rakyat juga minta PM tukar Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat dan Peguam Negara Idrus Harun. Tengku Maimun dilantik sebagai ketua hakim ketika pemerintahan Pakatan Harapan(PH), sementara Idrus dilantik oleh Kerajaan Perikatan Nasional(PN) di bawah pimpinan Muhyiddin Yassin.



Kini maklumat mengenai surat Jabatan Peguam Negara kepada Hakim Collin Lawrence Sequerah menggemparkan rakyat Malaysia lagi sekali. Memetik hantaran di Facebook DrPuad Zarkashi, beliau membangkitkan isu surat tersebut. Jika surat tersebut benar maka ianya merupakan tindakan mencampuri urusan Mahkamah. Justeru, Peguam Negara bukan lagi wajib diganti tetapi wajib letak jawatan serta merta.

Surat tersebut merupakan bukti wujud konspirasi, dendam dan berniat jahat. Najib berjaya dipenjara setelah dinafikan perbicaraan yang adil. Kini gerakan untuk minta utamakan kes Zahid seolah-olah mahu beliau pula dipenjarakan secepat mungkin. Adakah ini perbuatan musuh dalam selimut atau pun tindakan musuh nyata UMNO?

Peguam Negara perlu nafikan jika surat tersebut palsu.



Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau pernah `diugut’ oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad agar membubarkan UMNO dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dahulu. Mahathir minta Zahid tinggalkan UMNO bagi mengelakkan sesuatu berlaku kepadanya.

Oleh itu, Zahid yakin pertuduhan jenayah yang dikenakan terhadapnya adalah berpunca daripada keengganan beliau membubarkan UMNO dan melompat parti. Perbicaraan kes Zahid didengar di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Persoalan yang bermain dalam minda rakyat sekarang ini, mengapa kes Nazlan dan Zeti yang mempunyai asas yang sangat kuat tidak didakwa secepat mungkin. Kes Nazlan dan Zeti ini mampu membuktikan Datuk Seri Najib tidak bersalah. Adakah perbicaraan yang tidak adil sengaja dihadap terhadap Najib agar beliau dipenjarakan?

Bekas Menteri Undang-undang, Zaid Ibrahim, menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk “tampil ke depan untuk memberitahu kebenaran” berhubung siasatan dilakukan agensi anti-rasuah itu berhubung siasatan terhadap Hakim Mahkamah Rayuan Nazlan Ghazali.



Kenyataan Peguam Negara Idrus Harun yang menyatakan kertas siasatan SPRM tidak berada dengan Jabatan Peguam Negara mengundang kerungsingan rakyat. Adakah sistem kehakiman kita dipenuhi dengan korupsi? Kini rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap sistem kehakiman Malaysia.

SPRM juga perlu menjelaskan sama ada salinan laporan yang dikatakan bocor berhubung siasatan terhadap Nazlan ada kesahihannya.

Kini viral di media sosial laungan mahkamah Malaysia adalah “mahkamah kangaru”. Kenapa Ismail Sabri selaku PM tidak campur tangan bagi memastikan sistem kehakiman kita membicarakan kes dengan adil? Beliau tidak diminta untuk menggugurkan kes. Ismail Sabri cuma diminta pastikan pemimpin UMNO mendapat perbicaraan yang adil. Ternyata Ismail Sabri PM yang gagal.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker