Kerajaan kaji bina pelabuhan agregat di Sanglang – Ismail

Kerajaan kaji bina pelabuhan agregat di Sanglang – Ismail

KERAJAAN sedang mengkaji pembinaan sebuah pelabuhan agregat di kawasan Sanglang, Kedah bagi mengendalikan kargo petroleum dan kargo pukal.

Perkara tersebut diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap dalam majlis perasmian pembangunan berintegrasi Pusat Bekalan Gas dan Loji Janakuasa, Pulau Bunting, Yan.



Menurut Perdana Menteri, pelabuhan agregat di Sanglang itu juga bakal menjadi laluan penghubung jambatan darat antara selatan Thailand dan Malaysia.

“Sekiranya menjadi realiti, projek ini akan memberikan nilai tambah kepada ekonomi Kedah.

“Ia juga bakal meningkatkan keyakinan pelabur menanam modal di negeri ini dan juga wilayah utara amnya,” katanya.

Projek Pembangunan Berintegrasi Pusat Bekalan Gas dan Loji Janakuasa Pulau Bunting bernilai RM14.4 bilion itu dibangunkan Kumpulan MMC dengan kerjasama SKS Corporation Sdn. Bhd.



Baca artikel berkaitan: Projek pembangunan berintegrasi bakal ubah landskap sosioekonomi Yan – PM

Turut hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Pengerusi Kumpulan MMC Corporation Bhd Tan Sri Tajudin Atan dan pengarah urusan kumpulan Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh.

Selain membangunkan projek tersebut, Perdana Menteri berkata, Kumpulan MMC turut membantu menaik taraf sistem perairan di kawasan tanaman padi di Kedah yang sinonim dengan nama Bumi Jelapang Padi.

Kata beliau, penaiktarafan sistem perairan itu bagi memastikan pengeluaran hasil padi negara bertambah.



Hasilnya, Perdana Menteri memaklumkan, kitaran penanaman padi akan ditingkatkan kepada lima kali dalam masa dua tahun berbanding empat kali ketika ini.

“Persatuan petani dan pesawah, MADA, BERNAS dan MMC juga bersedia untuk merealisasikan projek menaiktaraf sistem perairan ini, menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), di bawah peruntukan Rancangan Malaysia ke-12.

“Kumpulan MMC telah bertindak berani menjadi perintis membuka laluan ke daerah ini termasuk menyediakan kemudahan yang akan menarik pelabur-pelabur lain untuk turut melabur di kawasan ini.

“Ini adalah bukti kerjasama baik antara kerajaan dan swasta dalam merangsang dan memajukan ekonomi negara yang mana hasilnya dapat dinikmati seluruh Keluarga Malaysia,” jelas beliau. Utv



Kerajaan kaji bina pelabuhan agregat di Sanglang – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Karangan mengenai kemalangan, jadi kenyataan buat pelajar



Resepi Kuih Keria Antarabangsa Gula Melaka

Shila Amzah buat ‘perangai’ lagi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker