Ramai kagum kekuatan ‘atok’ 90 tahun sampai puncak Kinabalu [VIDEO]

Tangkap layar memaparkan wajah kegembiraan warga emas tersebut yang berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu kelmarin.

PETALING JAYA – Seorang warga emas lelaki berusia 90 tahun berjaya membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk sampai ke puncak Gunung Kinabalu.

Sebuah rakaman yang dikongsikan pengguna TikTok @iceeminn123 memaparkan detik-detik kejayaan warga emas itu ketika sampai di puncak tertinggi negara sambil dipimpin seorang pendaki lain kelmarin.

Katanya, warga emas yang berasal dari Papar, Sabah itu merupakan pendaki tertua berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu.

“5 September 2022, Poh, 90 tahun. Apa-apa pun tahniah, rekod terbaharu bagi pendakai tertua yang berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu setakat ini,” katanya pada hantaran yang dimuat naik semalam.



@iceeminn123 #mtkinabalu ♬ bunyi asal – iceeminn123

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh warga emas itu selain mempunyai stamina tinggi kerana bukan mudah untuk berada pada tahap itu.

“Saya yang umur 30 tahun ini pun tak yakin mampu daki Gunung Kinabalu. Terbaik la ‘atok’, memang hebat,” puji Azhari Mokhtar.

“Tercabar orang muda, 90 tahun mampu sampai ke puncak. Memang stamina dia bukan calang-calang,” kata Zaini.



“Tahniah ‘aki’ (datuk). Terima kasih juga kepada pendaki lain yang memimpin pendakian bersama pendaki tertua itu sehingga berjaya membawanya sampai ke puncak Gunung Kinabalu. Rakyat Malaysia memang hebat,” ujar seorang pengguna.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis Bongkar Sikap Jahat Bekas Suami (Video)



Bapa Puteri Balqis lapor polis isu gangguan seksual

Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker