Kajian menunjukkan 88% pemberi rasuah terdiri dari bukan Melayu – PAS

Kajian menunjukkan 88% pemberi rasuah terdiri dari bukan Melayu – PAS

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohd Zuhdi Marsuki mendakwa 88 peratus daripada pemberi rasuah yang didapati bersalah antara tahun 2010 hingga tahun 2014 adalah terdiri daripada bukan-Melayu.

Mohd Zuhdi berkata demikian dengan memetik kajian peringkat PhD di sebuah universiti tempatan, namun tidak menyatakan nama universiti tersebut.

Kenyataan Zuhdi itu dilihat mempertahankan kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang sebelum ini mendakwa bukan Islam sebagai punca utama berlaku rasuah.

Menurutnya, kajian tersebut mendapati 57.46 peratus daripada pemberi rasuah yang didapati bersalah adalah daripada kaum Cina, 30.51 peratus daripada kaum India dan 12.03 peratus daripada kaum Melayu.

“Dapatan kajian tersebut telah diterbitkan di dalam sebuah jurnal antarabangsa yang berwibawa di sebuah universiti terkemuka US,” katanya dalam artikel yang disiarkan Harakahdaily.

Menurut Zuhdi, berdasarkan dapatan kajian tersebut, majoriti yang terlibat sebagai penerima rasuah adalah daripada kaum Melayu, manakala majoriti pemberi rasuah adalah kaum bukan-Melayu.

“Bagaimanapun, yang selalu dipersalahkan adalah penerima rasuah, sedangkan pemberi rasuah juga adalah sebahagian daripada golongan bermasalah yang perlu dibenteras. Demikianlah intipati daripada tulisan Presiden PAS,” katanya.

Katanya, antara faktor utama pemberi rasuah melakukan penyogokan adalah kerana mahu melepaskan diri daripada hukuman sama ada berupa denda atau penjara.

“Faktor yang lain mendorong kepada penyogokan tersebut adalah kerana ingin mendapatkan keutamaan dalam sesuatu keputusan oleh agensi kerajaan seperti berkaitan dengan tender perolehan dan seumpamanya.

“Keseluruhan kes pemberi rasuah yang sabit kesalahan dalam tempoh tersebut ialah 449 kes,” tambahnya.

Pada 1 Sept, Zuhdi mendakwa Pakatan Harapan (PH) dikelilingi golongan pemberi rasuah, yang lazimnya adalah daripada kalangan “tauke” dan bukan Bumiputera.

Artikel Zuhdi itu adalah sebagai respon berhubung kritikan terhadap Abdul Hadi yang mendakwa sebahagian besar pemberi rasuah terdiri daripada bukan Bumiputera.

Beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Abdul Hadi.

Presiden PAS itu disiasat berhubung kenyataan dengan niat hendak mengapikan atau yang mungkin mengapikan mana-mana golongan atau kaum serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 2008 kerana menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian komunikasi. Mk

Kajian menunjukkan 88% pemberi rasuah terdiri dari bukan Melayu – PAS


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dah bagi Signal Pun Kena Tendang (Video)

Saya tak sekeji dakwaan Puteri Balqis

Ayda Jebat kahwin kerana harta Nabil?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker