Penumpang naik pelampung ‘Great Big Marble’ di Port Dickson selamat

PORT DICKSON – Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan dalam insiden melibatkan sebuah bot yang sedang menarik penumpang menaiki pelampung ‘Great Big Marble’ di Pantai Batu 8, Teluk Kemang di sini yang dilanggar sebuah bot lain dari arah bertentangan seperti yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, siasatan awal pihaknya mengesahkan bahawa kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 5 petang pada 5 September lalu.

“Ketika itu, lebih kurang empat ke lima orang penumpang sedang menaiki ‘Great Big Marble’ tersebut dan merupakan pengunjung dari Kuala Lumpur yang datang ke Port Dickson sempena cuti persekolahan.

“Setakat ini, pihak polis masih belum menerima apa-apa laporan ekoran insiden berkenaan. Mangsa juga dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah menyelesaikan perkara tersebut secara baik dengan pengusaha bot,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 25 saat berkenaan sebuah bot yang sedang menarik penumpang menaiki ‘Great Big Marble’ secara tiba-tiba telah dilanggar sebuah bot lain dari arah bertentangan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis Bongkar Sikap Jahat Bekas Suami (Video)

Bapa Puteri Balqis lapor polis isu gangguan seksual

Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker