Tauke, syarikat judi hanya layak bersama PH – Hadi

Tauke, syarikat judi hanya layak bersama PH – Hadi

Tuduhan bahawa Perikatan Nasional (PN) menerima pembiayaan daripada syarikat judi bagi kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) merupakan suatu perkara yang ‘tidak masuk akal’.

Sebaliknya, ‘tauke’ dan syarikat perjudian hanya layak untuk bersama Pakatan Harapan (PH) memandangkan prestasi saham syarikat perjudian dilaporkan naik sejurus parti itu mendapat kuasa serta mentadbir negara, dakwa Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Hanya akal yang berpusing sahaja boleh menerima tuduhan bahawa tauke dan syarikat judi menyumbang kepada PN. Sedangkan sahamnya (syarikat judi) jatuh menjunam setelah mendapat maklumat kemaraan PN dalam Pilihan PRU15 lalu.

“Sahamnya hanya naik semula, apabila PH mendapat kuasa secara luar biasa daripada amalan demokrasi yang bersih.

“Diikuti pula dengan pembentukan kabinet yang tidak bersih, kerana telah melibatkan bekas banduan walaupun telah diampun dan kluster mahkamah yang belum selesai perbicaraannya,” katanya menerusi tulisan Minda Presiden Pas, hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, kemahuan tauke dan syarikat perjudian hanya ‘selari’ dengan pemberi dan penerima rasuah serta golongan penipu sahaja.

“Adalah tidak masuk akal tauke dan syarikat judi menyumbang kepada kumpulan yang terdapat di dalamnya yang dituduh sebagai Taliban, pihak yang paling agresif merobohkan pusat judi dengan ganas.

“Apabila Pas memerintah Kelantan, maka langkah menutup tempat perjudian diambil dan diadakan dialog dengan para pemimpin semua agama. Mereka memaklumkan bahawa judi turut diharamkan semua agama,” ujarnya.

Menurut Abdul Hadi lagi, apabila kerajaan negeri ditadbir Pas seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah yang mengambil tindakan menutup premis judi, pihaknya mendapat protes daripada parti komponen PH.

“Walaupun dalam perkara (menutup premis judi) yang hanya berkait dengan hak umat Islam. Malangnya, mereka yang berwajah Islam dalam PH diam membisu,” tambahnya.

Abdul Hadi berkata, Pas turut mendepan cabaran dalam mengendalikan isu premis judi apabila bidang kuasa kerajaan negeri hanya terhad kepada premis perjudian.

Katanya lagi, lesen kebenaran berjudi tertakluk di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan dan Menteri Kewangan pada masa itu ialah Perdana Menteri sekarang yang dilantik oleh PH, merangkap Menteri Kewangan.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan sebahagian dana pilihan raya PN datang daripada syarikat perjudian yang terbabit dengan cabutan khas. MG

Tauke, syarikat judi hanya layak bersama PH – Hadi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j

Anwar arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN

Jangan berani sentuh Messi – Tyson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker