MN satukan umat Islam yang pernah ‘berperang dan berparang’

MN satukan umat Islam yang pernah ‘berperang dan berparang’

Muafakat Nasional (MN) yang genap tahun ketiga penubuhannya hari ini berjaya menyatukan kira-kira 4.2 juta umat Islam dalam Pas dan UMNO yang telah ‘berperang dan berparang’ sejak 1977.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, nostalgia tangisan kegembiraan pimpinan dan ahli kedua-dua parti yang bersatu itu sudah pasti tidak dapat dilupakan oleh rakyat yang menyaksikan program siaran langsung ke seluruh negara tiga tahun lalu.

“Sanak saudara yang terputus hubungan rahim di ceruk kampung khususnya di Pantai Timur akibat politik ditaut kembali. Masing-masing mengaitkannya dengan perpaduan antara Aus dan Khazraj di zaman Nabi (Muhamad SAW) yang bertelingkah ratusan tahun sebum disatukan oleh nabi atas nama Islam lalu menjadi teras kekuatan negara Madinah,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya hari ini.

Menurut beliau, antara intipati terpenting Piagam MN merujuk kepada al-Quran dan sunnah dalam sebarang pertikaian yang berlaku.

Mohd. Khairuddin menambah, syarat itu selaras dengan isi kandungan Piagam Madinah yang dimeterai oleh Nabi Muhammad SAW dengan penduduk Madinah yang meletakkan al-Quran dan sunnah sebagai rujukan.

“Semoga Allah SWT memberkati MN dan terus menghidupkannya dalam usaha menyatukan umat Islam dalam dua parti terbesar Melayu Islam yang berpolitik dalam tanah air tercinta ini,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa Majlis Syura Ulama Pas mesti dilibatkan dalam proses membuat keputusan berkaitan dasar kerjasama politik dengan parti-parti lain.

Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama itu menjelaskan, Fasal 26(9)(k) Perlembagaan Pas menetapkan bahawa kelulusan badan tertinggi parti itu diperlukan sebelum Jawatankuasa Kerja Pas Pusat membuat pertimbangan dan keputusan tentang kerjasama politik. MG

MN satukan umat Islam yang pernah ‘berperang dan berparang’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tunai umrah untuk Ratu Elizabeth II

Rafizi nak tipu apa lagi? – Zahida

Shahidan tak dapat bezakan antara orang UMNO atau orang Shahidan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker