Lelaki ugut culik bekas kekasih dicekup

Lelaki ugut culik bekas kekasih dicekup

AMPANG – Seorang lelaki ditahan kerana mahu menculik bekas kekasihnya dan mengugut bapa saudara wanita berkenaan kerana menghalang perhubungan mereka.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya,Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek yang berusia 22 tahun itu membuat ugutan tersebut semasa menghubungi bapa saudara teman wanitanya baru-baru ini.

Suspek dipercayai tidak berpuas hati kerana bapa saudara bekas kekasihnya mencampuri hubungan mereka hingga dia gagal memujuk wanita itu untuk kembali bersamanya.

”Mereka telah berpisah sejak Disember 2020 lagi namun suspek bertindak sering mengganggu dan mengugut wanita itu dan dia turut mengugut bapa saudara wanita berkenaan.

“Bapa saudara wanita itu bimbang akan keselamatan dirinya telah membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Bertindak atas laporan itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya telah menangkap lelaki itu di sebuah restoran yang terletak di Taman Larkin Perdana, Johor Bahru pada Jumaat lalu.

Siasatan awal polis mendapati punca kejadian disebabkan perselisihan faham antara suspek dengan bekas teman wanitanya itu.

Mohamad Farouk berkata, suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah kesalahan lampau yang dikehendaki. Kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya. MG

Lelaki ugut culik bekas kekasih dicekup


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker