Muhyiddin diminta hentikan lakonan, asyik main ugut-ugut

Muhyiddin diminta hentikan lakonan, asyik main ugut-ugut

‘Serangan’ Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri didakwa kerana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak diberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, Muhyiddin tidak berpuas hati selepas Ismail Sabri menolak permohonan Bersatu untuk mendapatkan jawatan tersebut.

“Muhyiddin sebenarnya tak puas hati dengan Ismail Sabri gara-gara permintaan dia untuk dapatkan jawatan TPM dalam perjanjian politik sulit telah di tong sampahkan oleh PM.



“Lagi menyakitkan hati Muhyiddin bila Ismail Sabri secara terang-terang buat kenyataan tak perlu lagi lantik TPM sebab sudah ada empat menteri kanan yang duanya dipegang oleh wakil Bersatu.

“Bila Ismail Sabri tak mahu layan dan penuhi kehendak Muhyiddin, dia mulalah meroyan dan tuduh macam-macam kepada PM,” kata Nur Jazlan.

Beliau mengulas dakwaan Muhyiddin bahawa Ismail Sabri gagal sebagai Perdana Menteri. Menurut Pengerusi Perikatan Nasional itu, Ismail Sabri tidak memandang semua isu membelenggu negara ketika ini termasuk inflasi, kekurangan tenaga kerja dan kemerosotan nilai ringgit sebagai sesuatu yang penting.

“Tapi hari ini, bila dia tak dapat penuhi keinginannya, dia mula salahkan Ismail Sabri kononnya gagal tangani isu ekonomi dan minta bubarkan Parlimen.



Tak pula dia gunakan alasan rakyat bila dia minta PM buat Pilihan Raya Umum sekarang ini.

“Kenapa dia salahkan PM atas kelesuan tindakan pemulihan ekonomi sedangkan PM dah baik hati kekalkan Kabinet lantikan dia sampai hari ini,” tanya Nur Jazlan.

Ketua UMNO Bahagian Pulai itu turut mempersoalkan peranan yang dimainkan oleh Muhyiddin selepas Ismail Sabri melantik beliau sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Nur Jazlan turut mempersoalkan cadangan Muhyiddin supaya Perdana Menteri menubuhkan satu lagi jawatankuasa untuk menyelesaikan masalah ekonomi.



“Dia juga dakwa semua cadangan yang dia kemukakan kepada PM untuk pulihkan ekonomi kena tolak. Bagi saya, mungkin cadangan-cadangan itu tak bernas sebab itulah kena tolak.

“Semalam, Muhyiddin minta PM tubuhkan pula jawatankuasa tertinggi peringkat kerajaan untuk selesaikan masalah ekonomi. Apalah mengarut punya cadangan ini?

“Nak buat apa nak buat jawatankuasa lain? Habis tu apa guna dia sebagai Pengerusi MPN, apa gunanya PM wujudkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi?” soal Nur Jazlan.

Serentak itu beliau meminta supaya Muhyiddin menghentikan ‘lakonan’ yang dianggap sebagai tidak ada kelas.

Sebalinya Nur Jazlan mencabar Muhyiddin agar segera menarik sokongan terhadap Ismail Sabri sekaligus memberi laluan supaya pilihan raya umum diadakan segera.

“Saya cabar Muhyiddin untuk push the button macam dia suka cakap sebelum ini. Sembang kencang saja tapi nak buat tak berani. Asyik main ugut-ugut saja, cuba buktikan dia bukan penakut dan bacul.

“Saya percaya ramai yang sudah lama tunggu Muhyiddin tekan butang dan tarik sokongan Bersatu dalam kerajaan sekarang ini.

Tak perlu nak tunggu Ismail Sabri bubarkan Parlimen sebab Muhyiddin pun boleh ambil tindakan supaya kerajaan terbubar.

“Tapi memang Muhyiddin ni jenis pengecut dan dia tak berani nak bertindak. Apatah lagi sejak akhir-akhir ini dia sudah hilang cengkaman dalam parti sendiri,” dakwa Nur Jazlan. MG

Muhyiddin diminta hentikan lakonan, asyik main ugut-ugut


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker