Lelaki maut Alza bertembung lori muatan anak ayam

Keadaan kereta Perodua Alza dipandu mangsa remuk selepas bertembung lori muatan anak ayam di Kilometer 24.2, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, Gerik

GERIK – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabit nahas dengan sebuah lori muatan anak ayam di Kilometer 24.2, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli

Mangsa, Nor Azelan Jaafar, 42, yang memandu kereta jenis Perodua Alza meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik, Mohd. Azizan Aziz berkata, maklumat kemalangan itu diterima pada pukul 3.36 petang dengan sepasukan 15 anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

Katanya, nahas membabitkan kereta jenis Perodua Alza dipandu mangsa dengan sebuah lori tiga tan membawa muatan anak ayam.

“Kedua-dua kenderaan itu bertembung dengan pemandu kereta cedera parah dan disahkan maut di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.

“Pemandu dan kelindan lori tidak cedera. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Calon PRU15: Hamid Bador, Musa Hassan, dan bekas Peguam negara antara yang disebut

Dijadikan Pelacur, Dipaksa Makan Lauk Daging Babi

Rajin jemput anak pulang sekolah kerana nak tengok cikgu kacak [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker